Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Kau Bagus Kat TikTok, Kau Stay Kat TikTok!” - Sharnaaz Ahmad

Izwan Isa
14/12/2022 01:50 MYT
Pelakon Sharnaaz Ahmad mengakui memilih pasangan berlakon bagi memudahkan dirinya beraksi di hadapan kamera, tanpa perlu memberi perhatian terhadap prestasi lakonan pasangannya itu.

Hal ini kerana, Sharnaaz mendedahkan, dia sering melihat gandingan lakonan yang tidak sepadan, terutama pelakon yang benar-benar berpengalaman dengan pelakon yang masih hijau.

“Contohlah, pelakon berpengalaman berganding dengan pelakon baharu. Chemistry takkan sampai. Sebab kalau orang yang ada pengalaman berlakon dengan orang baharu, dia akan tinggalkan pelakon baharu itu jauh di belakang.

“Kalau nak juga guna pelakon baharu, ambil pasangan yang lebih sikit pengalamannya. Supaya dia boleh bantu dan jadikan gandingan tersebut berjaya.

“Saya tak kisah kalau diberi gandingan dengan pelakon baharu asalkan dia boleh berlakon. Sebab saya sendiri pernah dapat yang tak boleh beraksi di depan kamera… payah nak cakap. Dia bukan tak bagus, tapi belum bagus lagi,” katanya kepada Gempak.

Sharnaaz berkata demikian pada majlis sidang media The Masked Singer Malaysia 3 (TMSMY3) yang berlangsung di ibu kota pada Selasa.

Dalam pada itu, Sharnaaz mengakui bergandingan dengan pelakon yang kurang berpengalaman sedikit sebanyak memberi nama buruk kepada pelakon yang lebih senior.

“Sudah tentu. Saya dah tengok banyak kali. Stesen televisyen mahukan seseorang itu sebab dia influencer dan sudah ada nama. That’s not right.

“Influencer kau stay dekat influencer part. Kau bagus dekat TikTok, kau stay dekat TikTok. You don’t need to go mainstream. That’s not your padang. Kamu stay sana, make profit with that.

“Macam Ryan Bakery… dia bagus. Tapi stay where you are. Make sure kau bagus dekat tempat tu dan orang akan sanjung kau. Contoh kalau kau masuk tempat lain, iaitu drama… orang akan mula judge, boleh berlakon ke?

“Jadi stesen televisyen kena bijak, jangan fikir duit sahaja,” tegas Sharnaaz.

Dalam perkembangan lain, Sharnaaz bakal mengisi kerusi penjurian TMSMY3 bersama Zul Ariffin, Emma Maembong, Ella, Elly Mazlein, Didie Alias, Shuib Sepahtu dan Atu Zero yang dijadualkan bersiaran pada 23 Disember depan di Astro Warna.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Sharnaaz Ahmad #The Masked Singer Malaysia 3 #TMSMY3
;