,
Laman Utama

"Kau Balik Rumah Cermin Muka!" - Tergamak Rakan Artis Call Semata-Mata Nak Hina Shiha Zikir

Asraf Aided
15/12/2021
01:40 MYT
Selebriti versatil, Shiha Zikir akui terkejut menerima pencalonan sebanyak empat kategori dalam Anugerah MeleTOP ERA 2021 (AME2021).
Menurut Shiha, dia sedih kerana ramai pihak yang memperlekehkan apa yang dilakukan dalam industri seni sebelum ini.
Malah, lebih kurang dua bulan lalu, ada seorang rakan industri yang berbuat demikian menerusi panggilan telefon selama 20 minit, hanya untuk bercakap perkara yang tidak baik kepadanya.
"Ramai sebenarnya yang memperlekehkan apa yang saya buat hingga saya mengalami serangan panik berkali-kali disebabkan orang kutuk saya, ada saya beritahu di Instagram?
"Saya alami serangan panik sampai tak boleh bernafas, mak saya selalu pujuk, baru-baru ini saya terima panggilan dari kawan industri kutuk saya, dia kata 'kau balik rumah, kau cermin diri kau sendiri Shiha, kau layak ke?'"
"Sampai sekarang saya tak akan putus asa, saya masuk industri untuk cari rezeki untuk keluarga dan jaga ibu saya. Saya sangat tersentuh tercalon dalam top 5 AME 2021 sebab saya teringat semula apa yang saya lalui. Saya selalu ingatkan diri, Allah akan balas apa yang kita rasa sabar, mungkin inilah yang Allah beri kepada saya," katanya.
Shiha berkata demikian ketika ditemui di sidang media pengumuman Top 5 Anugerah MeleTOP ERA edisi kelapan (AME2021) di GSC, Tropicana Garden Mall, Petaling Jaya pada Selasa.
Tambah Shiha, dia tidak menyangka rakan industri yang mengenalinya secara rapat itu tergamak memperlekehkan dirinya sebegitu, tambahan individu tersebut merupakan seorang yang popular.
"Saya rasa dia tiada masalah dengan saya sebelum ini, dia sangat baik, itulah yang saya terkejut dia buat macam itu.
"Orang yang saya cakap ini sudah popular dah pun, saya tak jangka orang yang dah terbang tinggi pun boleh cakap macam itu, saya faham masa dia bercakap dengan saya sebegitu memang bukan bergurau.
"Bagaimanapun, kalau orang buat baik atau buat jahat pun dengan saya, bila jumpa depan-depan saya macam inilah, saya tiada fikir nak jauhkan diri dari siapa-siapa sebab sebab orang itu pernah buat jahat atau apapun," katanya lagi.
Dalam AME2021, Shiha tercalon untuk empat kategori iaitu Lagu Meletop Era (AEWO), Grup/Duo Meletop Era (bersama Noki menerusi AEWO), Bintang Filem Meletop dan Artis Versatil Meletop.
Bertemakan 'Fresh Black Tie' dengan tagline 'Yang Fresh, Yang Legend', AME2021 akan diacarakan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.
AME2021 bakal bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad, 30 Januari 2022 di Astro Ria (104), Astro 4K UHD (780), Astro Go, On Demand dan sooka.
Kepada anda yang ingin mengundi, undian fasa kedua boleh dibuat menerusi tiga platform utama iaitu www.anugerahmeletopera.com.my, www.era.je , aplikasi SYOK serta melalui kiriman SMS bermula 14 Disember 2021, jam 6.00 petang hingga 30 Januari 2022.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Dulu Orang Tak Terima Bakat Saya Sebab Tak Cantik & Gemuk” - Nadeera Kenang 13 Tahun Perjalanan Karier Seni, Syukur Sekarang Ramai ‘Buka Mata’

gempak
20/11/2024
01:30 MYT
Penyanyi Nadeera mengakui terkenangkan perit jerih perjalanan karier seninya 13 tahun lalu yang tidak diterima sesetengah pihak gara-gara sering dicerca.
Viral

Suami Gubahkan Lirik Lagu Buat Kieda Crepe - "Masya-Allah, Buatkan Saya Menangis"

gempak
18/11/2024
12:55 MYT
Usahawan Kieda Crepe kembali menjadi tumpuan warganet apabila suaminya, Amy, menghadiahkan sebuah lagu khas untuk isterinya dengan lirik yang diubah bagi menyuntik semangat.
Viral

Inspektor Sheila Bebas Kes Hina Peguam

gempak
12/11/2024
01:20 MYT
Mahkamah Majistret di sini, pada Isnin, melepaskan dan membebaskan Inspektor Sheila daripada satu pertuduhan menghina kesopanan seorang peguam, tahun lalu.
Hiburan

Bimbang Lihat Rakan Artis Bercerai, Fasha Sandha & Aidil Aziz Hanya Doa Terbaik - “Betul, Menakutkan Tapi Semua Itu…

gempak
10/11/2024
02:55 MYT
Ramai pasangan selebriti yang mengambil keputusan untuk bercerai sehingga memberi impak yang negatif terhadap industri seni dan menyebabkan ada pihak berpendapat ia seolah-olah sudah menjadi trend.
Hiburan

Bawa Watak Bapa, Qi Razali Menangis Kenang Arwah Bapa – “Dia Tak Pernah Tengking, Marah Dan Pukul Kecuali…”

gempak
02/11/2024
04:50 MYT
Pelakon dan pengacara Qi Razali mengakui pertama kali mengalirkan air mata menonton filem lakonannya sendiri.
Unitar