Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

“Kau Boleh Nyanyi Ke Tanpa Muzik?” Lawak Betul Gelagat Siti Sarah Menyanyi Ikut Gerak Tangan Tok Ram

Mya Amri 27/04/2020 | 10:35 MYT
Penyanyi Siti Sarah Raissuddin mengenang kembali kenangan sewaktu bertemu dengan Maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS.
Menerusi akaun Instagramnya, Sarah memuat naik video pendek merakamkan dirinya sedang menyanyi sambil mengikuti gerak tangan Datuk Ramli atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ram.
Lebih menghiburkan lagi apabila gelagat Tok Ram yang berleter sewaktu memberikan panduan kepada Sarah.
Reaksi Sarah mengerakkan kepalanya mengikuti tangan Tok Ram juga turut mendapat perhatian pengikutnya.
“Dah stop ke belum? Tok Ram tanya kau boleh ke menyanyi tanpa muzik, hanya ikut counting tangan dia je.
“Okay kita cuba, tapi yang tak fahamnya dia kata stop tapi tangan dia bergerak lagi. Cuba cerita betul-betul saya yang tak faham ke atau tangan Tok Ram yang tak berhenti?” tulisnya.

@tokram_ramlims die tanya kau boleh ke menyanyi tanpa muzik , hanya ikut counting tangan die .. ok kita cuba .. tapi yg tak pahamnya die kata dah stop , tapi tangan die begerak lagi .. cer cite betul2 saya yg tak paham ke atau tangan @tokram_ramlims yang tak berhanti ?? (sebulan sebelum pkp )

A post shared by Dap..Dap..Dap..? (@sitisarahraissuddin) on

Tidak hanya pengikutnya, video tersebut juga turut mendapan komen-komen lucu rakan selebriti.
Terdahulu, Sarah memberitahu video tersebut direkodkan sebulan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan bermula.
#Siti Sarah #Datuk Ramli MS
;