Nama penyanyi Ezly Syazwan mungkin agak asing di telinga ramai peminat muzik Malaysia.

Namun begitu, pemilik nama penuh Ezly Syazwan Shah Mohd Joeelleyno ini sebenarnya sudah menimba pengalaman dalam industri hiburan semenjak kecil lagi.

Mula menceburkan diri dalam bidang nyanyian sejak kecil lagi, bakatnya diketengahkan apabila menyertai pertandingan battle of the band (raja band), menjuarai pertandingan menyanyi peringkat sekolah dan Ezly juga pernah menyertai program realiti televisyen Pop Krew yang pernah disiarkan di pada tahun 2014.

Bagi meneruskan perjuangan dalam bidang nyanyian, Ezly kini tampil dengan lagu terbaru yang berjudul Kau Bukan Dia yang dicipta oleh dirinya sendiri.

Membawa genre balada, lagu ini mengisarkan tentang rintihan seorang lelaki apabila cintanya disia-siakan oleh kekasihnya.


Segala pengorbanan dan cinta yang diberikan tidak dihargai malah ditinggalkan wanita kesayanganya. Lelaki tersebut akhirnya terpaksa meneruskan kehidupan tanpa kehadiran wanita itu.

Ezly yang kini berusia 20 tahun sedang melanjutkan pelajaran dalam peringkat diploma jurusan Muzik di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam sama sekali tidak merasakan tanggungjawab sebagai seorang pelajar mengganggu bidang nyanyian yang diceburinya.

Malah, ia menjadi penyuntik semangat serta ilmu yang dapat membantu Ezly untuk berjaya dalam bidang yang diminati.

Single Ezly yang sudah dilancarkan pada bulan Julai lalu boleh didapati di semua platform muzik.