Laman Utama
"Kau Dengan Dia Bergaduh, Tak Perlu Masuk Aku Sekali" - King Coco 'Sound' Caprice Lepas Kapsyen Sindiran 'Video Call Dalam Bilik Air'
Pempengaruh, King Coco yang baru mengesahkan dirinya bercerai dengan bekas suami memberi amaran kepada penyanyi rap Caprice agar tidak melibatkan dirinya dalam kemelut dengan individu lain.
Jelas Coco atau nama sebenarnya Mashaira Ismail, 24, dia enggan namanya dikaitkan dalam episod yang tiada kena mengena dengan dirinya.
"Tolong cakap dengan Caprice tu saya tak nak kena mengena dengan dia, kalau dia nak bergaduh dengan orang ini, atau nak perli orang itu, tak perlu masuk I sekali. Bang! Bang!
"Kau dengan dia ni gaduh, tak perlu masuk aku sekali. Saya tidak bergaduh dengan siapa-siapa.
"I tak suka cari pasal dengan orang, tak suka cerita pasal orang tapi orang masih sibuk pasal I. I tak nak muncul di tengah-tengah orang yang tengah bergaduh. Please... Saya tak ada masa!" tegasnya.
Selepas tular laporan King Coco bercerai dengan Azrin Anas Abdul Shukor, Caprice tampil memuatnaik hantaran di Instagram, didakwa menyindir dengan ayat yang melampau.
'Boleh tak tolong bagi number Caprice kat dia so boleh video call dalam bilik air' tulis Caprice sebelum menukar kapsyen terbabit kepada 'Hahahah boleh tak tolong bagi nombor Caprice dekat dia, so boleh video call dalam bilik-bilik.... Tuan badan ok'.
Caprice pada masa sama turut berkongsi perbualannya bersama King Coco di Instagram Stories, menyatakan tiada perselisihan pendapat antara mereka.
Malah, King Coco turut memberikan kata-kata nasihat buat Caprice.
Sementara itu, King Coco turut meluahkan rasa hatinya susulan kisah cerainya yang viral sejak pagi tadi selepas dilaporkan Gempak.
"Ya, it's actually happening. But, i'm not sad, i'm happy, you have no worry to me. Saya okey, masih kuat.
"Tapi ramai tanya kenapa, kami kawan baik dan mahukan waktu untuk diri sendiri. Jadi, itulah yang jadi. Saya single, dah!" katanya sebak.