Pelakon Luqman Hafidz menyifatkan pemergian pelawak Abam Bocey sebagai satu kehilangan yang cukup menyakitkan baginya.

Luqman atau nama sebenarnya, Muhd. Luqman Hafidz Mohd. Fauzi, 29, berkata dia menganggap Abam bukan sahaja sebagai rakan satu industri sebaliknya, sebagai seorang abang.

"Memang muka aku hari ini akan ketat Bam, pemergian ini akan selamanya aku hadam sebagai kehilangan yang menyakitkan.

"Memang kau baik dan yang paling tepat semua sayang kat kau Bam. Kau ibarat abang yang aku tak pernah dapat Bam," luahnya menerusi satu entri di Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Luqman turut berkongsi paparan salah satu posting Abam yang sedang mengusiknya ketika sama-sama menjalani penggambaran drama Saka Sisters.

Memang muka aku harini akan ketat bam, pemergiani ni akan selamanya aku hadam sebagai kehilangan yg menyakitkan. #kitabaikramaisayang . Mmg kau baik dan yg paling tepat semua sayang kat kau bam. . Kau ibarat abg yg aku tak pernah dapat bam, kenangan kita berborak panjang dalam kete kau, aku mengadu segala pahit getir industri, kau selalu jawab “biar org buat kita man, kita focus kan je apa kita nak” . Aku pegang sampai skrg bam. . Saka sister merupakan kenangan paling manis aku dgn kau bam, aku dah ready masuk ke set, dgn pemikiran jadi feeder pada kau. Sbb aku tahu kau boleh pukul terus cite tu jadi kelakar amat. Tapi kau cakap, “man kau rasa nak buat apa kau buat je, aku akan support, kita sama2 bagi cerita ni jadi best”. Aku ingat semua ni bam, aku tak pasti aku ada kekuatan ke utk teruskan projek saka sister 2 tanpa kau di sisi bam. Sungguh aku skrg ni tiada kekuatan itu. . Indah nya diri kau bam, aku otw menuju beri penghormatan terakhir pada kau bam. Aku rindu kau, semua akan rindu kau. Rehat lah sahabat, sesungguhnya kami di sini akan sentiasa mengenangmu sebagai orang yg sgt baik. Dan kami semua sayang kau bam?. Al fatihah.

A post shared by Luqman Hafidz (@luqmanhafidzx) on


Menurut pelakon filem Ola Bola itu lagi, Abam sentiasa memberikan kata semangat ketika dia mengadu mengenai nasibnya dalam industri.

"Kenangan kita berborak panjang dalam kereta kau, aku mengadu segala pahit getir industri, kau selalu jawab 'biar org buat kita Man, kita fokuskan sahaja apa kita nak'. Aku pegang sampai sekarang Bam," kongsinya.

Katanya lagi, pemergian pelawak itu seolah-olah membuatkan dia seperti hilang kekuatan.

"Aku tak pasti aku ada kekuatan ke untuk teruskan projek Saka Sister 2 tanpa kau di sisi Bam. Sungguh aku sekarang ni tiada kekuatan itu.

"Aku rindu kau, semua akan rindu kau. Rehatlah sahabat, sesungguhnya kami di sini akan sentiasa mengenangmu sebagai orang yg sangat baik. Dan kami semua sayang kau Bam. Al-Fatihah," luahnya.



Terdahulu, pelawak popular Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak awal pagi tadi.

Abam meninggalkan seorang balu, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan.