Bagi mengambil langkah berjaga-jaga, pelakon Wawa Zainal dan suaminya, Aeril Zafrel yang pulang dari Langkawi menjalani ujian swab Covid-19.

Menurut Wawa, mereka bersama beberapa pekerjanya yang ke Langkawi telah menjalani ujian swab tersebut dan bersyukur ia negatif.

“Kami baru balik dari langkawi ada mesyuarat perniagaan. bisnes meeting. Ramai betul orang masyaAllah.

“Gembira tengok orang-orang yang beniaga kat situ dah mula boleh bernafas tapi dalam pada masa yang sama risau juga.

“Ya Allah kau lindungi kami dari wabak. Saya dah jalankan tanggung jawab. wawa dan all staff yang pergi Langkawi dah swab test dan alhamdulillah semua negatif.

“Syukur, keep wear mask and jaga jarak okay,” katanya .

Wawa berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri yang sama dia memuat naik rakaman video ketika ujian swab itu dilakukan ke atas dirinya dan Aeril.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji sikap pasangan itu yang bertanggungjawab dan tidak mementingkan diri.



A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)