MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR 2019
“Kau Main Gambar Anak Aku Ye, Kau Sabar” - IG Ali Puteh Digodam
Bintang Muzikal Lawak Superstar (MLS) Ali Puteh akui kecewa dan masih berusaha untuk mendapatkan kembali akaun Instagram(IG)nya yang telah digodam baru-baru ini.
Lebih-lebih lagi apabila penggodam itu masih menggunakan foto anaknya di dalam akaun Instagram tersebut.
Ali memberitahu perkara itu menerusi akaun terbarunya @aliputeh89 yang dibuka dua hari lalu.
Ali baru sahaja memuat naik empat posting terbaru dan dua daripadanya adalah berkaitan dengan kejadian digodam.
“Follow IG baru saya... Maaf IG lama dah diambil orang tak apalah. Dia nak buat duit cara itu, ambil sajalah, esok-esok hari dia pula,”
“Kau main gambar anak aku ye, kau sabar... Rilek je,” tulisnya.
Sehingga kini, akaun terbaru Ali baru sahaja memiliki lebih 6000 pengikut.
Mereka telah dikurniakan seorang puteri, pada 4 November 2017 yang dinamakan Sharifah Nur Aaira Qaireen.
Manakala anak keduanya Ainul Mardhiah dilahirkan di Pusat Rawatan Islam Kohilal, Taman Melawati pada 6 Ogos lalu.