Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

"Kau Nak Meroyan Kenapa? Tak Boleh Terima Ke Perangai BF Kau Macam Tu?" - Anim Ezati Rizki Tujukan Kepada Siapa Tu?

Zulaikha Yusof 01/11/2019 | 00:52 MYT
Pengacara Anim Ezati Rizki meluahkan rasa kesal terhadap individu yang tidak dapat menerima kenyataan dengan sikap sebenar teman lelakinya.
Meluahkan perasaan di laman Twitter, Anim tidak pernah terfikir untuk mengambil hak orang lain.
"Sekarang kehidupan sedih saya membuat awak sedih! Haha.
"Kesian kau ni. Kau meroyan sangat kenapa. Tak boleh terima ke perangai teman lelaki kau macam tu?
"Aku bagi tahu wartawan cerita betul. Tak boleh terima? Kenapa tak tanya teman lelaki yang kau sayang sangat tu sebab apa susah nak 'move on' masa tu?
"Perempuan, 3 tahun yang aku habiskan adalah mimpi ngeri! Sikit pun aku tak hingin nak ingat.
"Orang komen, aku tweet kau yang sentap kenapa? Hidup kau sikit pun orang tak kacau apa.
"Geram je nak kongsi setiap mesej yang dia merengek-rengek ajak kembali bersama! Eh masa tu dia dengan kau eh perempuan?
"Ohh, tak apa. Ramai pernah rasa apa kau rasa. Dengan orang yang sama," tulisnya.
Kata-kata tersebut ditulis di beberapa entri yang berbeza di akaun Twitter miliknya.
Tidak menulis atau menyebut sebarang nama, ada status Twitter yang telah dipadamkan oleh Anim dan ada juga yang dibiarkan di laman Twitter miliknya.
Walaubagaimanapun, selepas beberapa hari Anim akui berasa menyesal kerana terlampau mengikut perasaannya.
"Patutlah ramai nasihat untuk jangan layan, jangan reply dan jangan balas supaya tak jadi macam dia.
"Betul apa korang cakap. Sekarang aku yang menyesal. Tak nak jadi mcm dia.
"Terima kasih semua. I love you guys a lot! Lesson learned! Janji," tulis Anim lagi.
Terdahulu, Anim mendedahkan hubungannya bersama pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid, sudah berakhir sejak Januari lalu.
#Pengacara #Anim Ezati Rizki
;