Hiburan
"Kau Rasa Aku Nak Ke Jadi Janda?" - Intan Liana Saleh
Bekas madu pelakon Izreen Azminda, Intan Liana Saleh berang terhadap segelintir netizen yang sering kali tidak berpuas hati dengan apa sahaja yang dikongsikan.
Menurut Intan dia mempunyai had kesabaran untuk tidak menghiraukan komen-komen negatif yang dilemparkan kepadanya.
"Jadi janda ni tak boleh nak happy ke??? Ade je kan haihhh. Bila update itu ini cakap kita gila talak.
"Cakap kita kacau kebahagiaan orang, raih simpati dan cakap masa ada dulu tak pandai nak jaga.
"Macam-macam la. Kadang fedup juga cuba untuk ignore negative komen tapi kita ada perasaan jugak kadang tu geram.
"Orang tak tau cerita sebenar. Kang aku buka cerita satu-satu kang huhhh.
"Hahaha nanti cakap raih simpati pulak..Adoi serba tak kena.
"Tapi lantak la. Now yang aku tahu aku nak berjaya dan buktikan ibu tunggal or janda tu boleh berjaya.
"Anak-anak penguat aku!! Love my muqri's," tulisnya menerusi ruangan Instastories semalam.
Menerusi entri terbaru, Intan berkongsi perasaannya semasa diceraikan serta menekankan dirinya sudah menerima dengan takdir yang telah ditentukan.
Selain itu, Intan turut memuat naik beberapa rakaman video meluahkan rasa geram terhadap netizen.
Penghujung tahun lalu, dunia hiburan gempar apabila Izreen membuat pengakuan terbuka menjadi isteri kedua kepada Ude sejak 8 Ogos 2017.
Intan dan Ude bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 22 Mac tahun lalu.
Mereka bernikah pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua orang anak, Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri, 1.
Must-Watch Video