"Kau Saja Nak Buat Aku Malu Kan?!" - Baby Shima & Aliff Syukri Bergaduh, Hampir Bertumbuk Di Sidang Media
Kamaruddin Razal
12/09/2019 14:02 MYT
12/09/2019 14:02 MYT
Pertelingkahan antara penyanyi Baby Shima dan usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri semakin hangat apabila mereka 'bersemuka' di sebuah majlis petang tadi.
Difahamkan, Shima bertekak dan 'menyerang' Aliff di sidang media pelancaran lagu baru usahawan itu yang diadakan di Jakarta, Indonesia.
Menerusi video 'live' di laman Facebook Aliff, Shima menyerang Aliff di minit yang ke 21:00 dan mendakwa usahawan itu sengaja mahu memalukan dirinya.
Menerusi kemas kini Instagram Shima, penyanyi lagu Roadblock Hatiku itu mendakwa Aliff cuba memalukan dirinya di sidang media terbabit.
Penyanyi itu meluahkan perasaannya di laman Instagram tetapi entri terbabit telah pun dipadamkan oleh Shima.
Sebelum ini, Shima dan Aliff mula berbalah semenjak penyanyi itu menegur kebolehan suara Aliff.
BACA:"Ada Orang Nak Main Saman, Jumpa Di Pengadilan" - Baby Shima Cabar Aliff Syukri?
BACA:"Tak Payah 'Glamourkan' Dia Lah..." - Aliff Syukri Enggan Ulas Isu Dengan Baby Shima
Isu tersebut berpanjangan sehingga masing-masing dikatakan mahu mengambil tindakan saman menyaman.