“Kau Sebarkan Video Tu, Siap Minta Viralkan”- Ali Puteh Persoal Motif Hidayah Datang Ke Rumah Abam
Syafiqah Jalal
20/02/2023 08:03 MYT
20/02/2023 08:03 MYT
Pelawak Ali Puteh mempersoalkan tujuan sebenar kakak iparnya merakam video dan memuat naik ke laman sosial ketika berkunjung ke rumah peninggalan arwah abangnya, Abam baru-baru ini.
Ali kesal kerana susulan tularnya video berkenaan, dia telah dikecam teruk kerana dilihat seolah-olah bersikap jahat terhadap balu arwah Abam.
“Pihak sana datang ke rumah, dakwa tak ada orang buka pintu, tak bagi masuk. Apa motif untuk kau berbuat begitu? Kau sebarkan video tu, siap minta viralkan video itu.
“Niat mereka datang ke rumah itu, wallahualam. Ada komen netizen kata dia datang untuk tengok rumah dia. Nak datang, datanglah tapi janganlah buat video kata kita tak buka pintu, tak bagi masuk. Kita tak pernah larang pun siapa-siapa yang nak datang ke situ.” katanya.
Ali mengulas mengenai isu berkenaan dalam salah satu temu bual sebuah program hiburan pada Ahad.
Sementara itu apabila ditanya benarkan Hidayah datang bersama peguam ketika itu untuk menuntut bayaran saman berjumlah RM60,000, Ali mengatakan yang semuanya telah diserahkan kepada peguam.
“Benda ini saya serahkan kepada peguam dan saya minta nasihat daripada peguam macam mana nak uruskan dan selesaikan. Tetapi perkara itu saya tak boleh dedahkan di sini.
“Tapi awak jangan risau, jawapannya senang.. saya akan bayar dan bergantung kepada kemampuan kita untuk bayar secara lump sum atau secara ansuran. Maknanya tuntutan itu akan dibayar juga” jelasnya.
Dalam pada itu, pemilik nama sebenar, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan mengatakan yang dia memang ingin menamatkan semua ini dan menyelesaikan masalah yang sudah lama berlarutan.
Malah berharap ia dapat diselesaikan secara kekeluargaan dan bukan di luar atau media sosial.