"Kau Sekarang Dah Jadi G*y Ke Mal?" Tanya Remy Ishak Pada Kamal Adli

Badrul Hashim
Disember 13, 2018 13:10 MYT
Pada sekeping gambar yang dimuat naik oleh Kamal Adli di Instagram beliau, pelakon Remy Ishak bertanyakan soalan yang cukup kontroversi.
"Kau sekarang dah jadi gay ke Mal?" tulis Remy
Kamal Adli kemudian menjawab soalan Remy tersebut.
"Remy Ishak, belum lagi.. memang nampak single tapi belum ada niat pergi ke arah tu kanda," sambil meletakkan emoticon ketawa.
Sememangnya Remy dan Kamal Adli sering bergurau di Instagram masing-masing.
Apabila Remy memuat naik sekeping gambar beliau meletakkan tangan di pipi, Kamal turut sama memuat naik gambar yang hampir serupa.
"Inspirasi dari 'kanda saya Remy Ishak... tolonglah dinda2 lain nampak usaha saya ni," tulis Kamal sebagai caption gurauan.
Kamal turut memuat naik video Tik Tok yang seolah-olah membayangkan beliau tidak mempunyai teman wanita di kala ini.
#Kamal Adli #Kamal Adli