“Kau Siapa, Sila Keluar Tunjuk Muka” - Ellie Suriaty Persoal Kewujudan Kekasih Azri Iskandar, Cari Info Tak Ada, Love Scam Ke Kau?
17/06/2022 04:29 MYT
Menurut Ellie, biarpun telah berpisah, dia langsung tidak berdendam dengan Azri, namun isu tersebut membuatkan dia tidak senang dengan apa yang menimpa bekas suaminya itu.
Ellie berkata, sehingga kini identiti sebenar wanita dikatakan Dr Azra itu masih belum diketahui, malah dia bimbang sekiranya ia sekadar permainan.
"Saya dah hidup 19 tahun dengan Azri. Saya tak kisah Azri mencintai orang lain, tapi pada saya Dr Azra ini kena munculkan diri.
“Saya terseksa melihat dia dengan cerita-cerita ini. Saya mohon kepada Dr Azra supaya munculkan diri.
“Saya tak suka la kalau orang main-main dengan Azri. Anak-anak dan rakan pun buat carian di internet dan tidak keluar, kalau search mesti everything ada.
“Hidup ini mesti dengan kebenaran, ini kehidupan manusia. Siapa dia yang sebenarnya, scammer atau peminat? Kewujudannya tak jelas.
“Saya tidak tahu apakah permainan dia. Kalau betul bercinta jangan menyorok," katanya.
Ditanya berhubung pandangan orang ramai tentang musibah menimpa Azri yang dianggap karma kerana menganiaya hidup Ellie, pelakon Mat Kilau ini menganggap ia adalah satu ujian.
“Tapi saya tak hukum dia pun, saya tarik diri dan saya halal dan ikhlaskan semua. Jangan hukum dia.
“Harap orang bersama dengan dia betul-betul ikhlas, jangan menyorok, jangan malukan dia,” katanya.Ellie ditemui ketika majlis tayangan filem berjudul Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang berlangsung di Petaling Jaya, semalam.
Sekadar info, Azri, 54, sebelum ini mendedahkan dia bakal berkahwin dengan Azra dan perkenalan mereka bermula selepas 12 hari berpisah dengan Ellie pada 17 Mei lalu.
Dalam masa sama muncul pula wanita yang mahu dikenali dengan gelaran F mendakwa Azri pernah mengajak dia berkahwin.