Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Kau Sumbat Anak Kau Makan Apa Sampai Takde Hati Perut" - Nabila Huda Bersuara Isu Buli Sampai Mati

Amri Hassan
06/11/2021 08:40 MYT
Pelakon dan pengacara Nabila Huda tampil menyatakan kekesalan dan suaranya terhadap kes buli Allahyarham Zulfarhan Osman dan Amirul Nashriq Othman.

Kata Nabila atau lebih popular disapa Abil, merujuk kepada laporan kes kematian penuntut universiti sama dengan arwah Zulfarhan, Amirul Nashriq, kejadian buli perlu dihentikan!

"We need to stop this!!!! Cukup lah!! Takkan nak kena penjara 10 -18 tahun? Do something Malaysia!

"Anak orang ni..Astarfirullahalazim..

"Didikan macamana ni sanggup berkelakuan kejam macam ni? Kau sumbat anak kau makan apa sampai anak kau takde hati perut macam tu?!!!" luahnya menerusi ciapan di Twitter.



Minggu lalu mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun kepada enam tertuduh iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali selepas didapati bersalah menyebabkan kematian Zulfarhan Osman.

Mahkamah juga menjatuhi hukuman penjara tiga tahun terhadap lima tertuduh kecuali Mohamad Shobirin serta 12 rakannya yang didapati bersalah mencederakan mangsa. Kesemua tertuduh kini berumur 25 tahun.

Pada 2018 pula, bapa kepada Amirul Nashriq tampil menuntut keadilan untuk anaknya yang didakwa ada unsur menderaan sebelum mangsa meninggal dunia.

Dakwanya, anaknya pernah memaklumkan mengalami kesan lebam akibat dipukul tiga pelajar senior sehingga sesak nafas.

Amirul Nashriq dikatakan pergi ke air terjun bersama tujuh rakan daripada universiti sama dan mangsa difahamkan lemas ketika mandi bersama rakan-rakannya.


***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!

#Viral #Nabila Huda #Kontroversi #Meninggal Dunia #Buli #Mati #Amirul Nashriq #Zulfarhan Osman
;