Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Kau Tak Pernah Jaga Dia, Tinggal Pergi Dating"- Noh Salleh Dakwa Mizz Nina Sebabkan Trauma Musa

Firdaus
06/02/2024 07:18 MYT
Penyanyi Noh Salleh tampil menjelaskan perkara sebenar selepas didakwa menyebabkan anak angkatnya, Musa menghadapi trauma dibawah penjagaannya selama tiga minggu,

Jelas Noh atau Mohamad Noh Salleh, 39, Musa tidak mengalami sebarang masalah sebaliknya menjalani hari-hari dengan bahagia walaupun dalam tempoh singkat.

BERITA TRENDING: “Apa Buktinya Yang Dia Penjaga Tunggal Musa Yang Sah?” - Noh Salleh

Bagaimanapun, Noh mendakwa Musa mungkin menghadapi trauma ketika di bawah jagaan bekas isterinya, Mizz Nina.

“Hanya orang yang hebat jaga Musa sahaja yang boleh buat dia gembira. Selama tiga minggu dengan kami, bangun tidur dengan kita, dia sangat gembira.

“Saya tidak pernah tengok muka Musa gembira seperti itu.

“Mana pergi traumanya? Kau (Nina) tak pernah jaga dia, tinggal pergi dating, Amerika Syarikat. Yang jaga Musa bibik. Trauma itu bawah jagaan dia,” katanya.

Noh berkata perkara itu selepas penarikan semula kes penjagaan penuh dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara anak angkatnya di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada Selasa.

Sebelum ini, Nina mendakwa Noh pada 19 Disember lepas telah membawa keluar Musa tanpa kebenaran dan pengetahuannya sebagai penjaga sah kanak-kanak berkenaan.

Sekadar info, Noh dan Nina mendirikan rumah tangga pada Julai 2011 namun memutuskan bercerai pada Ogos 2022. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
#Anak #Mizz Nina #Noh Salleh #Selebriti #Artis #Noh #Musa
;