,
Laman Utama

“Kau Umur Baru 30 Dah Macam Norlia Ghani” - Bandingkan Fizikal Kavita Sidhu, Ciapan Pengguna Ini Bawa Padah

Amri Hassan
18/01/2021
15:20 MYT
Nama Norlia Ghani menjadi trending di Twitter hari ini gara-gara ciapan seorang pengguna yang membandingkan fizikal pelakon veteran itu dengan peragawati yang juga aktres Kavita Sidhu.
Terdahulu, pengguna terbabit berkongsi beberapa keping foto terkini Kavita, 49, yang kelihatan anggun dan menawan dalam beberapa persalinan termasuk bikini.
Pada masa sama, pengguna berkenaan seakan-akan membandingkan bentuk fizikal Kavita dengan Norlia. Tulisnya; "Kau umur baru 30 tahun dah macam Norlia Ghani."
Lantas kenyataan berkenaan mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang menyifatkan tindakan membanding-bandingkan dua pelakon itu tidak wajar.
Malah, ada yang beranggapan Norlia berada dalam liganya tersendiri dan tidak sepatutnya dibandingkan atau diperlekehkan sedemikian cara.
"Norlia Ghani, Wan Maimumah, Ruminah Sidek, Delimawati, Fauziah Nawi dan ramai lagi antara pelakon legenda kita. Bakat mereka untuk menghidupkan watak melebihi daripada paras rupa," ciap salah seorang pengguna.
"#SiBodohKauDengarSini sepatutnya diaplikasikan kepada mereka yang membandingkan Norlia Ghani hari ini," tambah pengguna lain.
"Pernah bertemu Norlia Ghani in person dan menemuramahnya. Rupa dia tak boleh lawan skil, personaliti dan sikap dia. Cantik luar dalam," puji pengguna lain.
"Norlia Ghani ibu saudara saya dan dia bekerja keras pada usianya. Saya tak tahu kenapa dan apa perasaan kamu yang melihat perbandingan ini. Semoga mendapat perhatian yang diinginkan," tambah anak saudara Norlia, Januar Haikal.
"Beritahu saya apa salahnya Norlia Ghani. Kamu boleh bandingkan secara umum, tapi jangan sebut nama orang," tulis pengguna lain memberikan amaran. Bagaimanapun, ciapan pengguna berkenaan telah dipadamkan dari akaun Twitternya.
Mengimbas semula, Kavita pernah mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records sebagai rakyat Malaysia pertama yang memenangi pertandingan ratu cantik.
Kavita yang dinobatkan sebagai Miss Charm International 1990 pernah membintangi beberapa filem antaranya Layar Lara, Mimpi Moon dan Pontianak Harum Sundal Malam.
Sementara itu, Norlia, 72, yang pernah menghiasi deretan filem, drama dan telefilem tempatan pernah menyertai pertandingan ratu cantik Ratu Gindalongan ketika awal pembabitan dunia seni beliau.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Che Ta ‘Naik Hantu’ Anak Dihina Berpakaian Seperti Pelacur - “Surat Saman Bakal Menyusul, Saya Tuntut Video Permohonan Maaf!”

gempak
20/09/2024
04:58 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan membuat laporan polis selepas ada individu bertindak meninggalkan komen jelik terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana termasuk menyamakan kanak-kanak itu berpakaian seperti seorang pelacur.
Hiburan

Dituduh Buat Laporan Polis Terhadap ‘Abang Bas’, Diana Danielle Minta Netizen Kemukakan Bukti! - “Nak Maki Pun, Carilah Fakta Yang Betul…”

gempak
20/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Diana Danielle menegaskan dia tidak pernah membuat laporan polis terhadap pemandu bas atau ‘Abang Bas’ seperti yang didakwa segelintir netizen di laman sosial.
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Viral

“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

gempak
19/09/2024
09:25 MYT
Nama bekas plastik dan produk dapur terkenal iaitu Tupperware hangat diperkatakan di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan jenama itu bakal memfailkan permohonan muflis minggu ini.