Drama sooka Original Series yang menjadi kesukaan ramai ini hampir melabuhkan tirainya.

Episod tujuh akan menyaksikan lebih banyak permainan emosi antara hubungan Danish dan Hajar, serta Aulia, Farhan dan Sophie.

Pelbagai perkara yang berlaku dalam kehidupan tonggak utamanya iaitu Aulia dan Danish.

Kami kongsikan sedikit sedutan yang berlaku untuk episode tujuh Kau vs Aku 2 di bawah:

Episod kali ini akan menyaksikan percubaan Danish untuk menjadi teman lelaki yang baik buat Hajar namun dia tersilap langkah apabila salah membeli hadiah hari kadi buat kekasihnya.

Lebih dramatik lagi hadiah tu sesuai buat bekas kekasihnya iaitu Aulia. Hajat kemudian menyedari bahawa Danish tidak mencintainya.

Dalam pada itu, Aulia pula mengadu kepada sahabatnya iaitu Hannisya mengenai cubaan Farhan untuk memikatnya.

Nak tahu apa yang jadi lagi? Kenalah tonton episod penuh Kau vs Aku musim kedua ni.

Kau vs Aku 2 masih mengekalkan Shasha Abedul dan Dini Schatzmann sebagai teraju utama, iaitu Aulia dan Danish di samping rakan-rakan mereka yang dibintangi oleh Chubb-E sebagai Zafran, Imran Aqil (Ashraf), Mia Sara Shauki (Nina) dan Arena Wan (Syafikah).

Penerbitan siri adaptasi daripada platform web novel, Wattpad ini telah berjaya menjadi siri hiburan nombor satu di sooka, dengan lebih 200 juta tontonan di platform TikTok serta memperoleh tontonan unik tertinggi sejak pelancaran aplikasi penstriman tersebut.

Episod baharu Kau vs Aku 2 ditayangkan setiap Rabu dan Khamis, jam 9.00 malam di platform penstriman sooka.

Ia juga turut ditayangkan menerusi slot Dramavaganza di Astro Ria (Saluran 104) dan boleh disaksikan menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Alami pengalaman Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.

Untuk melanggan Pek Primary, WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838.