Drama sooka Original Series yang mendapat kerjasama PUBG Mobile, Kau vs Aku akan melabuhkan tirainya dengan menayangkan dua episode lahir malam ini.

Jika episod enam menyaksikan pelbagai perkara yang berlaku dalam kehidupan tonggak utamnya iaitu Aulia dan Danish, episod akhir ini juga lebih drama.

Kami kongsikan sedikit sedutan yang berlaku untuk episode tujuh dan lapan Kau vs Aku di bawah:

Episod tujuh: Aulia marah Danish manakala Zaf dan Ashraf pula bergaduh


Selama ini kita melihat kekuatan hubungan persahabatan antara Zaf dan Ashraf namun kali ini lain pula jadinya apabila mereka berdua bergaduh!

Zah nampaknya seperti sudah hilang sabar dengan kelakuan Ashraf dan menolak Ashraf sewaktu bertengkar di padang bola sehingga terpaksa ditenangkan oleh rakan sepasukan yang lain.

Dalam pada itu, hubungan cinta Aulia dan Danish juga seolah-olah retak menanti belah apabila pasangan ini mula bergaduh besar. Antara ayat Aulia yang membuatkan Danish sentap adalah “Go Home Danish!”

Nina pula secara tidak langsung memberitahu bahawa Danish akan pulang ke Melbourne tidak lama lagi dan Aulia yang tidak mengetahui tentang perkara itu mula dihantui rasa bersalah.

Episod lapan: Aulia menangis teringat Danish, akhirnya buat keputusan kahwin dengan siapa?


Penyesalan mula menghantui Aulia selepas ketiadaan Danish. Perasaan kosong dan rindu mula bertandang di hati Aulia yang bakal melangsungkan perkahwinannya.

Bagaimanapun sebelum tiba hari perkahwinan, Aulia mengalirkan air mata selepas melihat sekeping foto yang merakamkan dirinya bersama Danish.

Tiba hari perkahwinan, Aulia mula merasakan dirinya tidak gembira walaupun sudah lengkap memakai busana kahwin.

Apakah yang akan berlaku pada Aulia dan juga sahabat-sahabatnya.

Nak tahu apa yang jadi kenalah tonton episod penuh Kau vs Aku ni.

Kau vs Aku ini merupakan novel Watpadd Webtoon Studios karya Nurul Husnina Mockthar.

Lebih menarik lagi, karya Husnina atau lebih dikenali sebagai Shieyruna ini mencatatkan lebih 2 juta bacaan di platform tersebut.

Saksikan episod akhir Kau vs Aku di aplikasi sooka.my malam ini (Jumaat), jam 9 malam.