Pelakon Tiz Zaqyah mengkritik tindakan individu yang suka bertanya tentang perkara berkaitan perkahwinan orang lain.

Pada masa yang sama, Tiz mengatakan dia selesa memegang status bujang dan gembira meluangkan masa bersama keluarga tercinta.

"Sibuk sangat bila "bila nak kahwin". Kau yang f**ked up marriage, jangan nak bitter dekat kami bujang ni.

"Saya bertuah, saya gembira bersarapan dengan ibu bapa dan keluarga saya setiap hari, jadi diam," tulis Tiz di Twitter.

Bagaimanapun, Tiz tidak menyatakan secara terperinci sekiranya dia menujukan kenyataan itu kepada individu tertentu ataupun secara umum.

Meninjau ruangan balas, ramai juga netizen yang setuju dengan kenyataan yang ditulis pelakon berbakat itu.

Malah, ada juga yang masih bujang berkongsi pengalaman berhadapan soalan-soalan di majlis perkahwinan orang lain.