Viral

‘Kaut’ Komisen Lebih 4 Peratus Daripada Kutipan Derma? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Dari Segi Hukum Syarak

gempak
Gempak
24/06/2024
13:55 MYT
Sponsor Banner
‘Kaut’ Komisen Lebih 4 Peratus Daripada Kutipan Derma? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Dari Segi Hukum Syarak
“Hanya dua atau hingga empat peratus sahaja dibenarkan syarak," kata Ustaz Azhar Idrus berkaitan hukum pengambilan komisen ke atas kutipan derma.

Kaut Keuntungan Menerusi Derma?

Menurut penceramah selebriti itu, ketika ini ramai yang cuba mengaut keuntungan mudah dengan berselindung di sebalik kutipan derma untuk masjid dan tahfiz, tetapi menyalahgunakan wang tersebut untuk kepentingan diri sendiri.

BERITA TRENDING: Isu Ustaz Don Direhatkan, Ustaz Kazim Minta Orang Ramai Berhenti Mengkritik- “Jangan Hentam Macam Dia Tak Pernah Buat Baik”

Selain itu, individu yang menjalankan aktiviti mengutip derma tersebut hanya dibolehkan mengambil upah tidak lebih empat peratus daripada jumlah kutipan diterima sahaja.

“Hanya dua atau hingga empat peratus sahaja dibenarkan syarak. Ini tidak, dapat derma RM100,000 untuk pondok, ambil untuk kita sahaja RM30,000.

“30 peratus yang diambil itu bukan kos pengurusan dah, biar kita ikhlas untuk menolong. Biar kita guna duit sendiri dan duit sumbangan untuk perkhidmatan.

BERITA TRENDING:Ustaz Don Anggap Dakwaan Guna Hadis Dhaif Sebagai Salah Faham - “Saya Maafkan Semua Orang”

“Apabila lama-kelamaan kita (kita mengambil duit sumbangan), kita akan lupa asal tujuan perbuatan kita (bantu surau atau masjid),” katanya.

BERITA TRENDING:Ustaz Don Kongsi Hadis Dhoif Banyak Digunakan Dalam Mazhab Syafie - “Hadis Dhoif Boleh Digunapakai Selama Mana…”

Mengulas lanjut, Ustaz Azhar Idrus berkata, ramai ketika ini mudah lupa dan selesa menggunakan duit sumbangan orang ramai sehingga mampu menggajikan diri sendiri dan kakitangan dengan jumlah yang tinggi.

BERITA TRENDING: Ustaz Don Beri Penjelasan Berkenaan Isu Hari Tasyrik - “Saya Mohon Maaf Sebab Menjawab Dalam Keadaan Mengelirukan”

“Lama-lama jadi kaya macam tu ja (kaya hasil sumbangan orang ramai),” jelasnya.
Sumber: Kosmo!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024