Seorang kanak-kanak berusia 9 tahun menjadi Youtuber dengan bayaran tertinggi di dunia pada tahun 2020.

Memetik laporan Kompas, Ryan Kaji, kanak-kanak yang berasal dari Texas, Amerika Syarikat ini memiliki pendapatan hampir USD30 juta (RM124 juta) tahun lalu menjadikan dia YouTuber terkaya di dunia.

Memiliki hampir 30 juta pengikut, Ryan mengetengahkan kandungan berbentuk unboxing dan reviu mengenai permainan serta alatan mainan.

Menurut The Guardian pula, Ryan memegang gelaran itu selama tiga tahun berturut-turut.

Tidak hanya itu, Ryan juga memiliki produk dan pakaian dengan nama akaun Youtube miliknya, Ryan’s World yang memiliki keuntungan hampir USD200 juta (RM831 juta)

Youtuber yang lahir pada 6 Oktober 2011 ini juga menjalinkan kerjasama dengan platfrom kanak-kanak terkenal Nickelodeon namun nilai kontraknya tidak didedahkan kepada umum.

Bukan hanga Ryan, keluarganya juga menerima tempias glamor sehingga mereka menukar nama belakang asal daripada Guan kepada Kaji.