"Kawal Selera Makan? Masih Tiada..." - Dr Amalina Perjelas Keberkesanan Essential Oil
Hanafis Haris
12/09/2019 11:20 MYT
12/09/2019 11:20 MYT
Doktor pakar pelatih surgikal Dr Amalina Che Bakri menjelaskan masih tiada bukti khusus mengenai keberkesanan sapuan produk minyak secara luaran boleh mengawal nafsu makan dan menurunkan berat badan.
Perkongsian menerusi platform Twitter miliknya itu dibuat susulan pertanyaan warganet berkaitan satu produk ‘essential oil’ dijual oleh selebriti popular yang dikatakan mampu menurunkan berat badan.
Produk itu juga didakwa boleh memecahkan lemak serta mampu mengawal nafsu makan.
Menurut Amalina, sehingga kini masih tiada bukti menyatakan sapuan minyak di bahagian kulit dapat menurutkan badan atau mengawal nafsu badan.
"Minyak pati mungkin berfungsi untuk turunkan berat badan, namun buktinya sangat rendah dan terhad. Kajian juga dilakukan pada haiwan bukannya manusia," katanya.
Jelas Amelina lagi, dia tidak menyebut mana-mana produk sebaliknya posting itu dimuat naik untuk perbincangan secara ilmiah untuk warga Twitter.
"Posting ini untuk kita semua berbincangan berkaitan isu ‘essential oil’ dan penurunan berat badan daripada perspektif sains," katanya.
Sehingga kini posting berkenaan telah dikongsi lebih 11,000 kali.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata warganet menyambut baik segala hujahan tersebut.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.