Pelakon dan pelawak yang lahir daripada rancangan realiti, Shamsul Azahar Aliddin atau lebih dikenali sebagai Shamsul Ghau Ghau mengucapkan terima kasih kepada pengikut di Instagramnya.

Tulis Shamsul yang turut membahasakan dirinya sebagai Pak Su, pengikutnya sudah bertambah kepada 250,000 pengikut di Instagram.

"Terima Kasih 250k Follower Pak Su. Pak Su tak ada apa apa. Pak Su Hanya Insan biasa yang semakin Dewasa.

"Kawan2 Pak Su dah ramai ‘pergi’, Pak Su akan menyusul Selepas ini. Semoga Ada saham kebaikan dalam Media Sosial ini Selepas Pak Su juga ‘pergi’. Terima Kasih," tulisnya seakan-akan sebak.

Terima Kasih 250k Follower Pak Su. Pak Su tak ada apa apa. Pak Su Hanya Insan biasa yang semakin Dewasa. Kawan2 Pak Su dah ramai ‘pergi’, Pak Su akan menyusul Selepas ini. Semoga Ada saham kebaikan dalam Media Sosial ini Selepas Pak Su juga ‘pergi’. Terima Kasih

A post shared by Shamsul Ghau Ghau (@paksu_shamsul_ghaughau) on


Shamsul dahulunya banyak berlakon filem dan drama. Antara filem lakonan beliau adalah Senario The Movie, Soal Hati, Sara 9 Semptember dan banyak lagi.

Beliau juga pernah menjadi pengacara untuk program Pencetus Ummah musim ketiga pada tahun 2015.