Laman Utama

"Kawan Saya Tak Ramai, Tapi..." - Nabila Razali Pentingkan Kesihatan Mental

gempak
Asraf Aided
28/07/2021
08:46 MYT
Sponsor Banner
"Kawan Saya Tak Ramai, Tapi..." - Nabila Razali Pentingkan Kesihatan Mental
Penyanyi Nabila Razali akui sering berhadapan pelbagai tekanan sejak awal pembabitannya dalam industri hiburan.
Namun menurut Nabila, dia sentiasa cuba pelbagai cara untuk mengawal stress dan mencari ketenangan diri.
"Sejak dari mula pembabitan saya dalam industri hiburan, memang tak boleh lari dari rasa tertekan atau stress.
"Tapi ia terpulang kepada cara kita mengendalikannya, kalau saya, saya suka bercakap dan meluahkan kepada orang yang rapat dengan saya.
"Cara itu berkesan sebab kita tak memendam, zaman sekarang ini pelbagai perkara boleh buat kita stress, kadang-kadang, kita tak tahu nak buat apa di rumah pun boleh rasa tertekan," katanya.
Tambah Nabila, antara cara lain yang boleh membantu adalah bergaul dengan mereka yang bersikap positif dan mengawal perkara yang dilihat dari media sosial.
"Saya selalu menjaga pergaulan, kawan-kawan saya tak ramai, biarpun jumlahnya kecil, tetapi mereka bersikap positif dan tidak mematahkan semangat kita, perkara ini amat penting untuk kesihatan mental.
"Selain itu, siapa dan apa yang kita ikuti di media sosial juga memainkan peranan.
"Pastikan mereka yang kita ikuti itu memberi kesan yang baik kepada kita terutamanya dalam aspek kesihatan mental," katanya lagi.
Dalam perkembangan terbaru, Nabila bakal tampil dengan single terbaru tidak lama lagi.
Tahun lalu, Nabila tampil dengan single Peluang Kedua yang mendapat sambutan luar biasa oleh para peminatnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live