Laman Utama

Kaya & Umur 35 Tahun, Taecyeon 2PM Masih Terima Duit Dari Ibu

gempak
Maliah Surip
23/03/2022
05:40 MYT
Sponsor Banner
Kaya & Umur 35 Tahun, Taecyeon 2PM Masih Terima Duit Dari Ibu
Salah seorang anggota 2PM, Taecyeon baru baru ini mengaku walaupun popular dan dilimpahi kemewahan hasil menjadi pelaku seni, kewangannya masih diuruskan oleh keluarga.
Kenyataan tersebut diberikan sewaktu temubual bersama majalah @star1.
Menurut Taecyeon, dia memang secara sukarela memberi kebebasan buat ibu dan bapa menguruskan hal kewangannya sejak memulakan karier. Malah, biar kini sudah mampu untuk menguruskannya sendiri, dia tetap mahu kedua ibu bapanya menjaga soal ekonomi dan kewangannya.
“Sehingga kini kedua ibu dan bapa saya masih mengawal dan menguruskan kewangan saya.
“Saya sudah 35 tahun sekarang, namun masih menerima wang dari mereka,” akuinya seperti dilaporkan Soompi.
Dalam perkembangan lain, Taecyeon kini sibuk menjalani penggambaran drama berbentuk misteri dan thriller, Blind. Ia mengisahkan tentang seorang individu yang secara tak sengaja menjadi mangsa dalam sebuah jenayah.
Drama ini turut dibintangi oleh anggota Apink, Jung Eun Ji Ha Seok Jin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live