Tampil berbeza dalam muzik video single terbaharunya berjudul Sumpahan Salju, penyanyi Ara Johari akui agak 'kayu' ketika cuba membuat pelbagai tarian.

Menurut Ara, dia sebenarnya diberikan masa hanya selama dua hari sebelum hari penggambaran.

“Saya bukan malu nak menari. Tapi saya diberikan masa selama dua hari untuk menghafal ‘step’ tarian.

"Sebenarnya tarian tu agak banyak dan panjang. Bila tiba waktu penggambaran, pengarah cakap 'action’ je, ‘step’ tarian saya semua ke laut” katanya.

Tambah Ara, dia akui tidak begitu pandai menari, malah sukar menggerakkan tubuhnya sambil ‘lip sync’ untuk penggambaran muzik video berkenaan.

“Apa yang mereka masukkan dalam muzik video, itulah step tarian yang saya hafal, yang lain semua saya tak ingat.

“Saya mencuba untuk menari tapi saya bukan penari jadi susah nak ingat gerak tari sambil kena ‘lip sync’ untuk muzik video pada masa yang sama. Jadi saya pose je, kayu pun kayulah,” jelasnya.



Ara berkata demikian ditemui di majlis pelancaran Baloy Wholesale Mart Bandar Melaka pada Sabtu lalu.

Baloy Wholesale Mart secara rasminya dibuka di bandar Melaka dengan tawaran pelbagai barangan runcit harian dengan harga yang sangat rendah.



"Baloy sedang berkembang dan saya percaya bahawa kita mempunyai formula yang tepat bagi memberi pengguna apa yang mereka perlukan bahan runcit berkualiti dari jenama yang dipercayai, kemudahan dan harga terendah yang dijamin," kata Pengarah Baloy Dan Lim.

Difahamkan, Baloy Member Mart boleh ditemui di serata Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Di Melaka sahaja terdapat 14 buah Baloy Mart.

Selain Ara, majlis terbabit turut dimeriahkan dengan kehadiran Wany Hasrita dan Issey Fazlisham.