,
Viral

"Ke Hadapan PU Amin & Caprice, Enough Is Enough" - Da'i Wan Dazrin

Amri Hassan
03/10/2018
11:19 MYT
Pergolakan pendapat antara Caprice dan Ustaz Amirul Amin (Pencetus Ummah) tentang kejadian tsunami di Indonesia mengundang perhatian ramai pihak.
Terbaharu, Ustaz Wan Dazrin (Da'i) tampil untuk menjernihkan keadaan antara kedua-dua individu terbabit.
"Ke hadapan PU Amin dan Caprice. Enough.
"Kalian berdua figura Islam. Jaga dan hati-hatilah terhadap post masing-masing.
"Sibukkan diri mencari kebaikan, jadikan lupa pada khilaf dan sengketa.
"Lupakah kalian sesama Islam itu sebatang tubuh, sakit satu anggota, anggota yang lain terasa juga," tulisnya di Twitter.

Towards both of you, my beloved brothes @pencetusummah_amin & @capriceofficial . Enough is enough. Bersatu kita sesama Islam, memaafkan selalu kita sesama Islam. Tersilap itu biasa, namun memaafkan kesilapan itu luar dari kebiasaan. Itulah cara Nabi kita Muhammad saw dan itulah Islam. Tunjukkan pada dunia luar. Kita bersatu bukan dalam dunia realiti sahaja, bahkan dalam medan dunia maya ini. Tetapi ingatlah selalu, ia dimulai dari kita terlebih dahulu, figure Islam yang dikenali. Maka hati-hati dengan setiap apa yang kita “Post”, kerana itu disitu ada rantaian fitnah yang boleh tercipta. . . Di sini daku tinggalkan kalam Rasul kita sebagai penutup pada nasihat ku ini. . . Sabda Nabi saw: “Aku memberi jaminan sebuah rumah dalam kebun syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan, meskipun dia benar. Aku juga memberi jaminan sebuah rumah di tengah syurga bagi orang yang tidak berbohong walaupun sekadar bergurau. Aku juga memberi jaminan sebuah rumah di tempat paling tinggi di dalam syurga bagi orang mempunyai budi pekerti baik.” (Hadis riwayat Abu Daud). . . Yang benar, Da’i Wan.

A post shared by Da’i Wan (Official) (@wandazrin) on

Terdahulu PU Amin mengatakan malapetaka besar yang berlaku di Lombok dan Palu kerana maksiat berleluasa dan Allah menurunkan laknat sebagai peringatan.
Namun, kenyataan di media sosial PU Amin itu mendapat bantahan ramai pihak termasuk Caprice.
Baca: Caprice Tegur Tindakan PU Amin Berkenaan Isu Bencana Di Indonesia
Bagi Caprice, kenyataan PU Amin mengecewakannya dan seharusnya mendoakan kebaikan bukan menilai daripada sudut agama.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Kita Tak Akan Tahu Bila Masa Akan Pergi…” - Caprice

gempak
19/08/2024
02:55 MYT
Penyanyi rap dan personaliti media sosial, Caprice berkongsi momen dia bersama putera sulungnya iaitu Airiel Qashaf yang kini semakin membesar dengan cepat.
Hiburan

Ulas Isu ‘Child Free’, Caprice Akui Hidup Berubah Lepas Punyai Zuriat – "Dulu Tidur Bergantung Pada Ubat”

gempak
29/06/2024
00:55 MYT
Penyanyi Caprice memberi pandangannya mengenai ‘trend’ baru-baru ini di mana terdapat pasangan yang sudah berkahwin memilih untuk tidak mempunyai zuriat.
Viral

Pempengaruh Popular Didakwa Buat Gangguan Seksual? Caprice Kongsi Screenshot Dari Mangsa

gempak
31/05/2024
03:28 MYT
Susulan penularan kes berkaitan seorang pempengaruh Islamik yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap wanita, aktivis dan penyanyi rap, Caprice tampil memuat naik beberapa tangkap layar perbualan daripada mangsa isu tersebut.
Hiburan

Artis & Pendakwah Bersatu Tunjuk Sokongan Untuk Palestin Melalui Malaysia4Palestine

gempak
26/05/2024
03:45 MYT
Soladiriti artis dan pendakwah Malaysia untuk Palestin.
Hiburan

Berang Ditipu Selebriti Wanita, Individu Minta Tolong Daripada Caprice - “Sepatutnya Saya Kahwin Dengan Dia Tapi…”

gempak
11/05/2024
00:55 MYT
Ini respons Caprice mengenai DM tersebut.