Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Ke Tepi Robert De Niro, Al Pacino Bakal Dapat Anak Pada Usia 82 Tahun!

Maliah Surip
31/05/2023 08:50 MYT
Lama tidak mendengar khabar tentang bintang legenda Al Pacino.

Namun saat dia menjadi subjek pemberitaan, berita yang disampaikan juga sangat ‘panas’ seperti lakonan dalam filem-filem hitnya dahulu.



Bintang The Godfather ini dilaporkan akan menimang cahaya mata pertama bersama pasangannya, Noor Alfallah.

Alfalllah yang berusia 29 tahun hamil lapan bulan anak dari Pacino yang kini mencecah usia 82 tahun, lapor TMZ.

Keduanya mula menjalin hubungan asmara sejak April 2022.

Berita Al Pacino bakal menjadi bapa pada usia emas beredar selepas seorang lagi bintang senior, Robert De Niro mengaku baru memiliki anak ketujuh pada usia 79 tahun.

Al Pacino sendiri sudah memiliki tiga anak daripada dua pasangan berbeza termasuk kembar Olivia Pacino dan Anton James Pacino.

#Kekasih #Robert De Niro #Al Pacino #Noor Alfallah