“Keadaan Alisya Dan Baby Stabil” - Isteri Alam Wakaka Selamat Bersalin

Mya Amri
April 26, 2022 08:39 MYT
Guru tari dan koreografer terkenal, Alam Wakaka memanjatkan rasa syukur selepas isterinya, Nurul Alisya Najwa selamat bersalin awal pagi tadi.

Menerusi perkongsiannya di akaun Instagram, Alam atau nama sebenarnya Muhamad Haslam Abdul Rahman kondisi isteri dan anak lelakinya kini berada dalam keadaan stabil.

“Syukur ke hadrat Ilahi. Alhamdullilah segala puji milik Allah, hari ini lahirnya seorang bayi yang bakal menjadi ketua suatu hari nanti.

“Keadaan Alisya dan bayi stabil. Terima kasih kepada doktor dan jururawat yang memberikan layanan terbaik buat isteri saya serta semua yang mendoakan kesejahteraan mereka berdua. Selamat datang anakku,” coretnya.

Dalam pada itu, ada juga rakan selebriti tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada pasangan ini antaranya Hael Husaini, Niena Azman, Ernie Zakrie dan Rody Kristal.

Terdahulu, Alam dan Alisya telah berkahwin pada tanggal 7 Mac 2021.

#Bersalin #Anak lelaki #Isteri bersalin #Baby boy #Alam Wakaka