Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

"Keadaan Dia Agak Teruk Sekarang .." - Dimasukkan Ke Hospital, Haziq Hussni Mohon Doa Semua Pihak Buat Datuknya

Zulaikha Yusof 23/08/2019 | 04:08 MYT
Pengacara dan penyampai radio Haziq Hussni memohon kepada semua pihak untuk mendoakan kepada datuknya, Muhamed Hassan Mohd Din yang kini dimasukkan ke hospital.
Menerusi sebuah entri di Instagram (IG) miliknya, Haziq menyatakan keadaan datuknya agak kritikal di saat ini.
"Doakan kesihatan dada (atok) saya Muhamed Hassan bin Mohd Din.
"Keadaan dia agak teruk sekarang ni. Semoga dada kembali sihat.
"Hari sabtu ni birthday dada yang ke 80 tahun," tulisnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat tidak putus mendoakan semoga datuk Haziq cepat sembuh.
Haziq mula aktif di industri hiburan pada tahun 2014 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.

Doakan kesihatan dada (atok) sy Muhamed Hassan bin Mohd Din. Keadaan dia agak teruk sekarang ni. Semoga dada kembali sihat. Hari sabtu ni birthday dada yg ke-80 tahun ?

A post shared by Haziq Hussni (@haziq_hotfm) on

#Haziq Hussni #Atok Sakit
;