Laman Utama

"Keadaan Makin Buruk, Detak Jantung Mulai Lemah" - Min Yasmin Lahirkan Bayi Pramatang, Serentak Hari Malaysia!

gempak
Amri Hassan
19/09/2023
10:13 MYT
Sponsor Banner
"Keadaan Makin Buruk, Detak Jantung Mulai Lemah" - Min Yasmin Lahirkan Bayi Pramatang, Serentak Hari Malaysia!
Penyanyi Min Yasmin mengumumkan telah selamat menimang cahaya mata sulungnya hasil perkongsian hidup 10 tahun bersama komposer Julfekar.
Dedah Min atau nama sebenarnya Nurul Yasmin Abdul Aziz, 35, cahaya mata lelaki itu dilahirkan pada tanggal tarikh 16 September lalu serentak dengan sambutan Hari Malaysia.
"Allahuakbar.. Alhamdulillah. Penantian cahaya mata setelah 10 tahun saya dan abang Jul (Julfekar) mendirikan rumahtangga bersama.. Syukur...
"Saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada Hari Malaysia 16 September pada jam 7.49 malam baru-baru ini.
"Saya telah dikejarkan ke Hospital Wanita & Kanak-Kanak Sabah dengan ambulans kerana tekanan darah tingginya yang tak terkawal.
"Setelah berbincang, untuk mengelakkan keadaan semakin buruk memandangkan detak jantung bayi yang mula semakin lemah, saya terus dibedah dengan serta merta," kongsinya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Min mengharapkan doa daripada peminat buat bayinya yang dilahirkan pramatang.
"Mohon doakan keselamatan & kesihatan sepenuhnya bayi Pra Matang kami yang berusia 30 minggu (7 bulan ½) ini.
"Moga anak kami ini mampu membesar sihat seperti anak-anak yang lain. Moga anak ini menjadi seorang anak yang Soleh & membawa kebaikkan kepada agama, bangsa & keluarga. Bertambahlah seorang lagi anak Bro Jul sekarang.
"Terima Kasih semua atas doanya & Syukur kehadrat Ilahi atas kelahiran seorang lagi Umat Muhammad SAW dibumi ini," tambahnya yang sepatutnya dijangka bersalin pada November nanti.
Untuk rekod, Min dan Julfekar mendirikan rumah tangga pada 4 April 2014.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live