Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Keadaan Mayat Nur Farah Kartini Reput Di Dada, Muka - “Buat Masa Ini Pakar Tidak Dapat Sahkan Kematian Kerana…”

Gempak
17/07/2024 03:25 MYT
Punca kematian masih belum dapat disahkan disebabkan keadaan mayat mangsa iaitu Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang telah reput di bahagian dada dan muka.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihak Pakar Patalogi Forensik Hospital Sungai Buloh memerlukan keputusan analisis makmal ke atas beberapa sampel biologi yang diambil pada mayat.

"Buat masa ini pakar tidak dapat sahkan sebab kematian kerana mayat yang sudah reput terutama di bahagian dada serta muka.

"Selepas dapat keputusan analisis makmal, barulah pakar dapat putuskan sebab kematian," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, ini juga bagi menolak kemungkinan sebab-sebab lain berkait kematian mangsa.

Dalam pada itu, Hussein turut mengesahkan sebuah kereta milik suspek yang juga kenalan mangsa telah dirampas untuk siasatan lanjut.

"Polis ada merampas sebuah kereta jenis Toyota milik suspek," ujarnya.

Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan mayat Nur Farah Kartini dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira jam 6 petang.

Susulan itu, suspek lelaki berusia 26 tahun yang juga bekerja sebagai anggota polis ditahan pada hari yang sama.

Suspek kemudian direman tujuh hari 22 Julai depan untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kehilangan mangsa dilaporkan pada 11 Julai susulan satu laporan polis bersangkut kes Tanjung Malim, Perak, selepas sehari menghantar kereta sewa di Taman Universiti, Tanjung Malim.

Sumber - Sinar Harian

#Kes Bunuh #UPSI #Nur Farah Kartini #Suspek bunuh #Kekasih Nur Farah Kartini #Mayat Nur Farah