Sempena menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, ARIANI tampil dengan koleksi ARIANI LAYAR RAYA 2023 bersama rekaan hijab dan busana yang lebih segar dengan paduan warna-warna menarik untuk digayakan dimusim lebaran ini.

Pertunjukan koleksi ARIANI dipersembahkan dengan cara yang unik iaitu dengan menampilkan artis profesional sebagai penyanyi pengiring ketika fashion runway dipersembahkan.

Meletakkan keselesaan dan eksklusif sebagai elemen utama dalam penghasilan tudung, ARIANI mengilhamkan rekaan hijab dan busana terkini dengan pelbagai pilihan dan gaya yang cukup menawan.

Sebanyak lebih 101 rekaan hijab terbaru diperkenalkan dengan kombinasi warna, material dan cetakan yang lebih unik, moden dan elegan dalam setiap helaian hijab.

Majlis yang berlangsung di The Grand Ballroom, Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur itu dihadiri lebih 800 tetamu dan turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, Datin Seri Fatimah Binti Taha, isteri kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup.

Membuka majlis pertunjukan fesyen pada petang itu, lebih 30 koleksi hijab yang merangkumi tudung polos dan tudung printed yang terdiri daripada voile embroidery, embroidery plain, jacquard twill, koleksi popsicle, shawl bersulam, instant.

Kesemua koleksi ini direka dengan menyuntik pengalaman perayaan penuh glamor dan warna warni dalam helaian tudung yang selesa dan praktikal dengan sentuhan motif unsur alam, bunga- bungaan dan cetakan abstrak.

Segmen kedua pada petang itu diteruskan dengan pertunjukan rekaan dari ARIANI LUXE yang merupakan rangkaian koleksi hijab premium yang direka oleh pereka berkemahiran dan berpengalaman dengan sentuhan artisan yang mahir dalam mereka bentuk pola dengan perincian lace dan Swarovski eksklusif.

ARIANI LUXE ditafsir sebagai sebuah jenama hijab premium yang mampu membangkitkan pesona dan personaliti wanita dalam berfesyen.

ARIANI berpaksikan dengan identiti jenama ini yang sentiasa menghasilkan koleksi selendang dan hijab pada harga terbaik dan berpatutan seiring dengan kualiti tudung yang dihasilkan, baik untuk pasaran butik fizikal juga untuk pasaran online.

Pada tahun ini juga ARIANI tampil kelainan apabila buat pertama kalinya melancarkan sub-brand baru khas kepada kaum adam, iaitu ARYAN.

Bermula dari kanak-kanak sehingga golongan dewasa, ARYAN adalah pilihan tepat untuk mereka yang inginkan kelainan untuk bergaya di musim lebaran nanti.

Pertunjukan fesyen Layar Raya ini juga turut menampilkan barisan duta terkemuka untuk tahun ini seperti Datin Lisa Surihani yang juga merupakan duta Ariani yang baharu, pengacara Uyaina Arshad dan pelakon Bella Dally.

Selain itu, ARIANI RTW menampilkan 109 koleksi lebaran sambil diiringi dengan persembahan Erni Zakri dan Syamel yang merangkumi kurung moden polos, kurung printed moden, kaftan dan jubah dengan harga mampu milik.

Menerusi koleksi ini, kesemua rekaan mengangkat seni cetakan dalam nuansa pastel dan vibrant yang menyerlahkan lagi imej kewanitaan pelanggan ARIANI tatkala meraikan Aidilfitri.

Istimewanya tahun ini, setiap koleksi didatangkan dengan kepelbagaian size bermula XXS sehingga 6XL malah pada tahun ini juga, ARIANI RTW turut memperkenalkan rekaan khusus bagi membolehkan para ibu bergaya sedondon dengan si cilik di hari raya.

Kemuncak majlis pada petang itu adalah pertunjukan fesyen dari The Premium Series by ARIANI RTW khusus untuk pelanggan yang gemarkan rekaan mewah dengan sentuhan eksklusif dan dijual dalam kuantiti yang terhad.

Penggunaan material berkualiti tinggi dengan pelbagai rekaan potongan yang dilengkapi dengan aksesori bertatahkan swarovski antara keistimewaan koleksi The Premium Series ini.