Kebakaran Hutan Makin Buruk Di Los Angeles, Ragut Dua Nyawa
Kebakaran hutan yang melanda Los Angeles pada Rabu telah meragut sekurang-kurangnya dua nyawa, memusnahkan ratusan bangunan dan mengakibatkan sumber air serta keupayaan pemadam kebakaran berada di tahap kritikal.
Lebih daripada 70,000 penduduk telah diarah berpindah demi keselamatan mereka.
Angin kencang menyukarkan usaha memadam api dan memburukkan lagi kebakaran yang tidak terkawal sejak ia bermula pada Selasa.
Kekurangan bekalan air juga menghalang usaha memadam api, terutamanya di kawasan Pacific Palisades, sebuah kawasan mewah di persisiran pantai yang telah terbakar hampir 12,000 ekar.
Permintaan air yang tinggi untuk memadam kebakaran di kawasan rendah telah menyebabkan tangki air di kawasan tinggi kehabisan bekalan.
Kebakaran di kawasan Pacific Palisades, yang terkenal sebagai kediaman ramai bintang filem, muzik dan televisyen, telah memusnahkan lebih 1,000 struktur, menjadikannya salah satu kebakaran paling dahsyat dalam sejarah Los Angeles.
BERITA TRENDING: Mira Filzah Bagi Pesanan Kepada ‘Penyondol’ - “Apa Yang Berlaku Akan Berbalik Pada Awak Semula”
BERITA TRENDING: 8 Hari Di Hospital Penuh Cabaran! Intan Najuwa Kongsi Pengalaman Bersalin Czer - “Saya Jadi Panik & Fikir Akan Mati Kerana…”
BERITA TRENDING: “Saya Tak Cukup Sempurna, Banyak Kelemahan…” - Tampil Dengan Imej Berhijab, Fasha Sandha Mohon Doakan Yang Baik-Baik
BERITA TRENDING: Dituduh Masih Belum ‘Move On’, Sherry Ibrahim Bagi ‘Warning’ - “Sekali Lagi Awak Tulis, Tunggu Peguam Saya”
Saiz kebakaran itu meningkat empat kali ganda dari pagi Rabu hingga ke tengah hari.
Sementara itu, kebakaran Eaton, yang berlaku di timur Los Angeles berhampiran Pasadena, telah merebak dengan pantas sejak ia tercetus pada petang Selasa.
Sehingga pagi Rabu, kebakaran ini telah meliputi lebih daripada 10,000 ekar dan menyebabkan dua kematian.
Di kawasan Sylmar, kebakaran hurst telah membakar lebih 500 ekar dan kesemua tiga kebakaran utama ini masih tidak dapat dikawal.
Menurut pihak berkuasa, sumber tenaga kerja juga semakin berkurangan kerana tidak cukup anggota bomba di daerah Los Angeles untuk menangani empat kebakaran besar secara serentak.
Ketua bomba Los Angeles, Kristin Crowley, memberi amaran bahawa angin kencang dijangka berterusan sepanjang hari, menjadikan keadaan masih sangat berbahaya.
Langit di beberapa kawasan Los Angeles merah menyala dan dipenuhi asap tebal.
Gabenor California, Gavin Newsom, telah mengisytiharkan darurat negeri pada hari Selasa.
Sumber: Astro Awani