Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kebanggaan Malaysia! Naib Juara Ceria Superstar, Zeppo Youngsters Lakar Sejarah, Jadi Juara Pertandingan Di....

Hanafis Haris
24/10/2019 07:39 MYT
Malaysia sekali lagi meraih pengiktirafan membanggakan apabila sebuah kumpulan penari muda, Zeppo Youngsters dinobatkan sebagai juara dalam satu kategori pertandingan Eat D'Beat: Crew of the Year di Bandung, Indonesia.

Difahamkan, Zeepo Youngsters berjaya meraih kejayaan dalam kategori Open Division.

Berita menggembirakan itu turut dikongsi menerusi satu posting di Instagram mereka, baru-baru ini.

"Alhamdulillah kami berjaya lakukan Malaysia! Terima kasih atas doa anda," tulis pengendali akaun.

Menjengah ke ruang komen rata-rata pengikut mereka mengucapkan tahniah atas kejayaan berkenaan.

Untuk makluman, pertandingan digelar sebagai Eat D'Beat: Crew of the Year itu merupakan pertandingan street dance yang dibawakan oleh Bridge Hiphop Street Academy dan diasaskan di Bandung, Indonesia.

Menerusi pertandingan itu, pelbagai kumpulan penari muda berbakat seperti dari Korea Selatan, Indonesia, Jepun berhimpun untuk mencuba nasib bergelar juara.

Sementara itu pada yang tidak mengenali kumpulan ini, Zeppo Youngsters merupakan naib juara program realiti tarian anjuran saluran Astro Ceria, Ceria Superstar musim kedua yang diadakan pada 2013.

Untuk rekod, anggota kumpulan ini terdiri daripada Daniel, Faris, Adib, Izzuddin, Naufal, Aniq, Nik, Aus, Fariza, Hilmu, Miral, Zulhelmi dan Aina.
#Indonesia #Malaysia #Zeppo