Gaya Hidup

Kebanggaan Negara! Gambar 'Mowgli Malaysia' Terpilih Dipamerkan Di Rome Dan...

Hanafis Haris
17/08/2019
06:53 MYT
Gambar 'Mowgli Malaysia' atau Mohd Syukor Khamis, 14, bersama kerbau perliharaannya sekali lagi meraih pencapaian membanggakan apabila terpilih dipamerkan di galeri di Rome, Itali serta beberapa negara sekitar Eropah tidak lama lagi.
Berita gembira itu dikongsi jurugambar Nazri Sulaiman menerusi Facebook miliknya sebentar tadi.
Menurut Nazri dia tidak menyangka gambar adik Syukor terpilih untuk dipamerkan di galeri penuh berprestij 25 September ini.
"Alhamdulillah, gambar saya terpilih untuk dipamerkan di galeri di Rome, Italy dan beberapa negara sekitar Eropah.
"Adik Syukor Khamis Kampong Boy sampai Eropah gambar mu ni.
"Kebanggaan Terengganu dan kebanggaan Malaysia. Alhamdulillah," katanya.
Menerusi posting itu Nazri turut memuat naik kenyataan pihak perganjur serta hasil gambar memaparkan adik Syukor.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata wargnet mengucapkan tahniah atas kejayaan tersebut.
Kebanyakkan mereka menyifatkan berita baik itu sebagai satu kejayaan yang membanggakan Malaysia.
Untuk pengetahuan, kejayaan dikecapi Mohd Nazri bukanlah kali pertama yang membabitkan Syukor.
Difahamkan foto Mohd Nazri sebelum ini pernah merangkul anugerah Street/People Photographer of The Year Asian Geographic – Image of Asia 2018 dan Remarkable Award di Siena International Photography Award 2018, Italy.
Sebelum ini, Syukor pernah muncul dalam telefilem berjudul Budok Kuba yang disiarkan menerusi slot Citra Exclusive di Astro Citra.
Budok Kuba terbitan Arie Zaharie Production merupakan telemovie pertama yang menyaksikan kemunculan Syukor sebagai pelakon utama.
Kisah Budok Kuba nukilan Jo Sidek merupakan kisah fiksyen diinspirasikan daripada foto Syukor yang diambil oleh dua individu iaitu Nazri dan Pegawai Kebudayaan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Terengganu, Abdullah Deen Mohd Zain.
BACA: "Lepas Berlakon Budok Kuba, Saya Nak Berehat..." - Syukor Khamis 'Mowgli Malaysia'
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Berita

8 Kawasan Di Malaysia Catat Cuaca Panas Di Tahap Berjaga-Jaga

gempak
26/07/2024
05:55 MYT
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas di lapan kawasan di Semenanjung hari ini.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.