Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Kebanyakan Kes Positif Kategori 2, Netizen Cadang Hanya Lapor Kes COVID-19 Kategori 4 & 5 Sahaja

Izwan Isa 05/02/2022 | 02:50 MYT
Buat masa ini, kadar kes harian COVID-19 yang dilaporkan semakin meningkat dengan 7,234 kes baharu direkodkan semalam.
Sungguhpun begitu, menerusi ciapan yang dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah kes positif terbanyak yang direkodkan adalah bagi kategori 1 dan 2 iaitu masing-masing 2,180 kes dan 4,981 kes.
Sementara itu, kes bagi kategori 3, 4 dan 5 adalah 49, 11 dan 13 kes sahaja.
Menerusi ciapan seterusnya, Noorhisham menjelaskan yang tahap vaksinasi dan dos penggalak yang tinggi di negara kita menjadi penyebab kepada kurangnya laporan terhadap kategori berisiko tinggi.
“Tahap vaksinasi dan dos penggalak kita yang tinggi telah memberikan keputusan kurangnya pesakit kategori 3,4 dan 5.
“Hari ini (semalam), daripada 7,234 kes yang dilaporkan, hanya 73 pesakit (atau 1%) dalam kategori 3,4 dan 5.
“Lebih penting, 7,161 (99%) pesakit adalah kategori 1 dan 2. Ia menunjukkan vaksin berkesan,” tulisnya.
Meninjau ruangan balasan, ada segelintir netizen yang mencadangkan supaya berhenti untuk memberi penekanan terhadap jumlah kes secara keseluruhan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Datuk Seri, KKM sepatutnya berhenti highlight jumlah kes harian dan buat orang awam berfikir yang ia akan menjadi salah satu indikasi daripada kerajaan untuk sebarang keputusan pada masa depan. Fokus sahaja pada kategori 3 serta 5 dan sedarkan rakyat untuk hidup bersama COVID-19,” tulis seorang pengguna Twitter.
“Assalam Tan Sri, kelihatan kes jangkitan tidak kritikal seperti kategori 4 dan 5. Mengapa tidak kita hanya fokus pada kategori 4 dan 5?
“Berhenti merekodkan jumlah yang terjangkit. Seperti selesema, ia boleh menjangkiti jutaan orang setiap hari, tetapi kita hanya bimbangkan yang perlu rawatan hospital sahaja,” cadang seorang lagi netizen.
#Covid19
;