Doktor pakar, Dr. Izzar yang juga suami kepada pelakon Ummi Nazeera menggalakkan semua ibu hamil supaya mengambil vaksin Covid-19 untuk mengurangkan risiko jangkitan.

Menurut Dr. Izzar ibu hamil perlu menerima vaksin yang sepatutnya ketika usia kandungan 14 hingga 33 minggu.

“Berdasarkan satu kajian di UK, didapati bahawa ibu hamil semasa trimester ketiga (> 28 minggu hamil), merupakan golongan paling kerap masuk hospital dan mendapat penyakit teruk kalau dijangkiti Covid-19.

“Bagi mereka, kebarangkalian untuk kelahiran mati atau stillbirth dan pramatang adalah lebih tinggi semasa trimester ketiga. Kalau mengandung dan ada penyakit kronik lain juga, pun amat berisiko untuk ibu hamil.

“Sebelum ni, hanya vaksin Pfizer sahaja diberi kepada ibu hamil di Malaysia. Ini kerana Pfizer dan Moderna (tiada di Malaysia) telah diberikan kepada 100,000 ibu hamil di US dan data menunjukkan vaksin itu selamat.

“UK pun beri Pfizer dan Moderna kepada ibu-ibu hamil. Tapi sekarang, Astra Zeneca dan Sinovac pun dah boleh diberikan kepada ibu hamil di Malaysia,” jelasnya.

Dr. Izzar berkongsi maklumat tersebut di akaun Instagram miliknya.

Selain itu, Dr. Izzar turut berkongsi info kebaikan vaksin buat ibu hamil:

?Mengurangkan risiko penyakit C-19 yang teruk untuk ibu hamil

?Mengurangkan risiko stillbirth dan kelahiran pramatang

?Berpotensi mengurangkan penyebaran penyakit ke orang rumah yang berisiko.

Kata Dr. Izzar, sangat penting untuk ibu hamil dapaykan vaksin sebelum usia kandungan 33 minggu.

“Kenapa ibu mengandung perlu divaksin pada minggu ke 14-33? Kita nak elak vaksin sebelum 14 minggu hamil sebab janin masih tengah membesar masa tu. Kita taknakla kacau kan.

“Tujuannya juga ialah supaya ibu mengandung mendapatkani dari vaksin sebelum masuk trimester ketiga sebab macam saya cakap, masa trimester ketiga lah ibu hamil paling berisiko. Kalau kita vaksin ibu pada minggu hamil 34 ke atas macam takde function dah sebab tak banyak kebaikan untuk ibu hamil & kandungan dah masa tu,” terangnya.

Dr Izzar turut memaklumkan isterinya Ummi yang baru sahaja bersalin anak kedua masih belum mendapat dos pertama dan sedang menunggu vaksin yang sesuai kerana sedang menyusukan bayinya.

A post shared by Dr. Izzar Anwari (@izzar)