Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Kecantikan Mimi Lana Jadi ‘Bridesmaid’ Di Majlis Pernikahan Eyka Farhana Curi Tumpuan - “Seri Pengantin Tak Hilang Lagi”

Khairil Khusyairi 04/05/2025 | 02:55 MYT
Aktres jelita Mimi Lana mencuri perhatian ramai apabila tampil anggun sebagai ‘bridesmaid’ atau pengiring dalam majlis pernikahan pasangan selebriti Eyka Farhana dan pemain bola sepak terkenal, Akhyar Rashid, yang berlangsung semalam.
Menerusi perkongsian di Instagram, Mimi berkongsi beberapa foto kenangan manisnya bersama pengantin perempuan, Eyka Farhana.
Manis mengenakan busana rona coklat lembut, ternyata kecantikan isteri kepada aktor terkenal, Syafiq Kyle itu mencuri perhatian warganet.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen memuji kecantikan dan aura Mimi sebagai bridesmaid.
Malah ramai juga menyifatkan wajah berseri Mimi seakan-akan masih membawa ‘seri pengantin’ meskipun sudah mendirikan rumah tangga beberapa bulan lalu.
“Dia punya seri pengantin tu sampai sekarang tak hilang ye. Cantik sangat,” puji seorang netizen.
“Seri pengantin tak hilang lagi ke ni? Lawa betul,” komen pengikut.
“Awhhhhhhh seri pengantin tak hilang lagi,” tulis netizen lain.
“Seri pengantin dia,” komen peminat kagum.
“Lawa, seri pengantin masih ada lagi,” puji netizen lain.
“Berseri-seri Mimi,” puji netizen lagi.
Untuk rekod, Mimi Lana sah bergelar isteri kepada pelakon popular Syafiq Kyle pada 14 Februari lalu dalam satu majlis tertutup di Taiping, Perak.
Sebelum ini, Mimi dan Syafiq pernah menjalinkan hubungan cinta selama beberapa tahun. Mereka pernah membatalkan majlis pernikahan di saat akhir yang dijadualkan pada 18 Ogos 2023.
Dalam perkembangan lain, Mimi kini turut membintangi sebuah drama terbitan Astro Originals iaitu First Wives.
Drama premium 8 episod itu kini ditayangkan setiap Isnin jam 9 malam, di Astro Citra (saluran 108), manakala Astro Ria (saluran 104). Manakala pada 12 tengah malam menerusi platfrom On Demand, Astro GO dan sooka.
#peminat #Kecantikan #Eyka Farhana #Pengantin #Seri #Mimi Lana #Pujian #Berseri