Semalam, kita dikejutkan dengan kenyataan yang mendakwa karakter supehero Spider-Man bukan lagi sebahagian daripada watak adiwira dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).

Perkara ini berpunca apabila syarikat penerbitan filem Sony Pictures dan Disney tidak dapat memuktamadkan perjanjian untuk meneruskan perkongsian mereka.

BACA: Tiada Lagi Spider-Man Dalam MCU, Bagaimana Nasib Tom Holland?

Ekoran isu ini, Presiden Marvel Studios, Kevin Feige berkemungkinan tidak lagi menjadi penerbit dalam mana-mana filem Spider-Man pada masa hadapan.

Kenyataan mengejut ini pastinya membuatkan peminat MCU serta watak Spiderman sendiri kecewa khususnya apabila mengenang nasib pelakon Tom Holland yang dilihat telah sebati dengan watak ikonik tersebut.

Kekecewaan mereka ini juga dapat dilihat menerusi platform Twitter apabila turut melancarkan kempen hashtag #SaveSpiderMan #TomHolland.

Lebih menyedihkan lagi, terdapat juga warga Twitter mencari posting lama pencipta komik Marvel iaitu mendiang Stan Lee berkaitan Tom Holland sebagai Spiderman.

Menerusi posting tersebut Stan Lee sendiri sangat menyukai Tom Holland sebagai Peter Parker kerana bagi Stan, Tom adalah pelakon yang paling layak untuk watak Spider-Man.

"Tom adalah Spiderman yang hebat. Dia memiliki umur dan ketinggian yang saya gambarkan ketika pertama kali mencipta Spiderman.

"Spiderman tidak sepatutnya terlalu besar," katanya.