Penyanyi popular Indonesia, Afgan mengakui kecewa dengan rakan baiknya, Datuk Seri Rossa yang tidak dapat hadir di Konsert Dekade Afgan Live In Kuala Lumpur 2018 yang bakal berlangsung pada Sabtu ini.

Menerusi laporan Liputan6.com, Afgan menjelaskan Rossa tidak dapat hadir memberi sokongan kepadanya kerana mempunyai persembahan di tempat lain.

"Rossa tidak dapat hadir pada konsert saya pada kali ini kerana dia mempunyai persembahan di tempat lain.

"Perkara itu membuatkan saya agak kecewa dengan dia kerana sebelum ini kami sering hadir untuk memberi sokongan jika dia atau saya mengadakan konsert.

"Namun konsert itu akan diteruskan dan saya akan menyanyikan sebuah lagu khas untuk keluarga mangsa korban pesawat Lion Air JT 610 baru-baru ini," katanya.

Bagi anda yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan konsert ini, harga tiket dijual pada harga RM 588 (pakej gold) dan RM 888 (pakej platinum).

Konsert Dekade Afgan Live In Kuala Lumpur 2018 akan diadakan pada Sabtu ini, 3 November bertempat di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre.

Pembelian tiket boleh dibuat menerusi laman web ticketcharge.com.my atau menerusi talian 03-9222 8811.

Sumber: Liputan6.com