Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kecewa Dengan Versi Lama? Anda Wajib Tonton Zack Snyder's Justice League 18 Mac Ini!

Hanafis Haris
10/03/2021 06:54 MYT
Filem Justice League yang dikeluarkan pada 2017 lalu mungkin telah mengecewakan ramai peminat DC Comics khususnya buat mereka yang meletakkan harapan tinggi.

Biarpun dipuji dari beberapa aspek aksi dan kesan khas, namun gaya pengarahan Zack Snyder dan Whedon dikatakan agak ketara, sekali gus menimbulkan rasa tidak puas buat peminatnya.

Namun, tahukah anda filem tersebut bakal ‘dilahirkan’ semula menerusi Zack Snyder's Justice League?

Difahamkan, filem ini bakal menjanjikan 100 peratus versi asal, hasil idea pengarah asalnya Zack Snyder.

Namun, sejauh mana versi terbaru ini dapat menebus kekecewaan filem pertama, anda haruslah tontonnya sendiri.

Zack Snyder's Justice League bakal ditayangkan secara eksklusif bermula 18 Mac secara On Demand menerusi Ultra Box, Astro GO dan HBO GO

Sekadar info, Justice League pada awalnya diarahkan oleh Snyder, namun atas masalah keluarga dia terpaksa mengundur diri lalu digantikan dengan Whedon.

Justice League dibintangi Ben Affleck sebagai Batman, Henry Cavill (Superman), Gal Gadot (Wonder Woman), Jason Momoa (Aquaman), Ezra Miller (The Flash), Ray Fisher (Cyborg) dan ramai lagi.
#AstroGo #OnDemand #HBOGO #JusticeLeague #ZackSnyder'sJusticeLeague