Berita

Kecewa Idea Perniagaan Ditiru- “Geram Betul Bila Orang Senang-Senang Nak Ciplak”- Aishah

gempak
Syafiqah Jalal
23/06/2020
06:34 MYT
Sponsor Banner
Kecewa Idea Perniagaan Ditiru- “Geram Betul Bila Orang Senang-Senang Nak Ciplak”- Aishah
Penyanyi Aishah berang apabila ada pihak cuba hendak meniru idea produk perniagaannya iaitu penyambung topeng muka atau ‘face mask extender’ .
Menurut Aishah bukan mudah untuk dia menghasilkan produk itu kerana ia mengambil masa yang lama dalam membuat percubaan penghasilannya sehingga ia sempurna.
“Kadang-kadang saya peliklah,kenapa di Malaysia ni ramai kaki ciplak.Tak boleh tengok design orang lain,tanpa segan silu boleh tanya mana kita beli bahan kita.
“Dari dulu saya tak faham betul perangai orang macam ni,ada akal fikiran,gunalah untuk develop product sendiri.
“Walaupun saya bukanlah nak buat business sangat tapi saya ambil masa untuk develop design ini. Untuk setiap karya yang saya buat ada yang tak menjadi dan akhirnya ke tong sampah lebih banyak kerana experiment yang tak menjadi
”Geram betul bila orang senang-senang nak ciplak,tak ada hormat langsung pada ciptaan orang.
“Sendiri tukang jahit pun tak boleh nak design ke?.It is frustrating bila berdepan dengan orang-orang macam ni,” katanya.
Aishah meluahkan rasa kecewanya itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik paparan skrin perbualan di mesej peribadinya (DM) dari pihak yang tanpa segan silu bertanyakan sumber material yang digunakan untuk ‘face mask extender’ kerana akui mahu berniaga benda yang sama.
Tambah Aishah lagi, dulu dia pernah berdepan dengan perkara yang sama dan kini lebih berhati-hati.
“Dulu pernah orang datang rumah saya ciplak design salah satu bahan untuk buku saya. Siap masuk pertandingan guna design saya (menang pulak tu!). Hadoiii memang tak dijemput datang rumah lagilah gamaknya.
“Pernah juga ada kenalan yang saya perhatikan sentiasa tiap kali saya buat sesuatu kraf dan upload di media sosial, dua tiga nari hari kemudian dia akan buat sesuatu yang hampir sama.
“Mula-mula ingatkan kebetulan tetapi lama kelamaan memang dah seketul-seketul ditirunya. Orang macam ni tak ada keyakinan dalam diri sendiri untuk berkarya ,ataupun saja malas untuk berfikir,senang nak main ciplak je.
“Memang lah,tak banyak design yang kita boleh kata betul-betul unik kita punya,mesti kita dapat inspirasi dari mana- mana,tapi sebagai inspirasi saja. Come onlah,developlah produk sendiri jangan nak cari jalan mudah nak main ciplak saja!” Tegasnya.
Terdahulu, Aishah telah menghasilkan face shield untuk diberi sumbangan kepada frontliners atau barisan hadapan yang bertugas ketika wabak COVID-19 melanda Malaysia.
Day #99 - Kadang2 I peliklah,kenapa di Malaysia ni ramai kaki ciplak.Tak boleh tengok design orang lain,tanpa segan silu boleh tanya mana kita beli bahan kita???Dari dulu I tak faham betul perangai orang macam ni,ada akal fikiran,gunalah utk develop product sendiri.Walaupun I bukanlah nak buat business sangat tapi,I ambil masa utk develop design ini.Untuk setiap karya yg.I buat,yg.menjadi,dlm.tong sampah tu byk.experiment yg.tak jadi.Geram betul bila org.senang2 nak ciplak,tak ada hormat langsung pada ciptaan org.lain.Sendiri tukang jahit pun tak boleh nak design ke??Ayooo.It is frustrating bila berdepan dgn.org2 mcm.ni.Dulu pernah org.dtg.rumah I ciplak design salah satu bahan utk.buku I.Siap masuk pertandingan guna design I.(Menang pulak tu!!!!?)Hadoiii memang tak dijemput dtg.rumah lagilah gamaknya.Pernah juga ada kenalan yg.I perhatikan sentiasa tiap kali I buat sesuatu kraf dan upload di media sosial,2-3 hari kemudian dia akan buat sesuatu yg hampir sama.Mula2 ingatkan kebetulan tetapi lama kelamaan memang dah seketul2 ditirunya.Org.mcm. ni tak ada confidence dlm.diri sendiri utk.berkarya,ataupun saja malas utk.berfikir,senang nak main ciplak je.Memanglah,tak banyak design yg kita boleh kata betul2 unik kita punya,mesti kita dpt.inspirasi dari mana2,tapi sebagai inspirasi saja. Come onlah,developlah produk sendiri jgn.nak cari jalan mudah nak main ciplak saja!!!!!!
A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024