Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Kecik Bukan Buka Aib Sendiri, "Tak Bangga Buat Dosa ..."

Zulaikha Yusof 31/07/2020 | 02:38 MYT
Bekas vokalis Hyperact, Kecik menidakkan dakwaan yang mengatakan dia membuka aib sendiri bersama Fara Salleh wanita yang dikaitkan dengan pelawak dan penyampai radio Shuk Sahar.
Jelas Kecik, ini adalah pengajaran kepada semua orang supaya tidak hanyut sehingga melanggar ajaran agama Islam.
"Aku bukan nak buka aib sendiri. Aku anggap benda ni sebagai pengajaran untuk semua orang supaya bila belum berkahwin jangan sesekali tinggal sebumbung.
"Masa tu agama pun entah ke mana," tulisnya menerusi sebuah entri di Instagram Stories.
Sebelum ini, di laman twitter miliknya, Kecik mendedahkan Fara Salleh adalah bekas teman wanitanya dan pernah tinggal sebumbung.
BACA: “Dia Pun Pernah Cakap Aku Gugurkan Anak Dia…” – Kecik Dedah Siapa Fara Salleh
Tambah Kecik, selepas peristiwa itu dia sudah dapat membezakan perkara yang betul dengan salah.
"Boleh tak korang fikir positif dengan apa yang aku cerita? Bukannya kita cerita untuk bangga diri buat dosa pun. Aiyoo.
"Sekarang ini alhamdulillah dah tau fikir mana betul mana salah," tulisnya lagi.
Terdahulu, beberapa pengguna laman sosial Twitter tampil membuat dakwaan Shuk Sahar bermain kayu tiga.
Lebih mengaibkan Shuk turut dituduh menghamilkan Fara Salleh, sama seperti yang pernah dilalui Kecik.
BACA: Wanita Dakwa Shuk Sahar Curang, Pernah Paksa Gugurkan Anak?
#Bercinta #Kecik #Shuk Sahar #Fara #Scandal
;