VIRAL
Kecoh 16 Jam Beratur Dari Subuh Demi Dapatkan Beg Tangan Sekali Dihalau Suruh Balik, Netizen Sindir - “Bawa-Bawalah Jumpa Psikiatri”
Tular di media sosial mengenai orang ramai beratur panjang demi mendapatkan beg tangan jenama tempatan dalam sebuah acara yang dianjurkan di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Beratur Dari Subuh
Namun apa yang menjadi perhatian adalah timbul kekecohan apabila ramai pembeli berkongsi pengalaman mereka tidak dapat memasuk premis berkenaan.
Menerusi video yang tular, orang ramai mula menunggu di hadapan eskalator pusat beli-belah itu.
Lebih mengejutkan, mereka juga mendakwa tidak dibenarkan ke premis jualan berkenaan.
Difahamkan, mereka tidak dibenarkan masuk premis berkenaan kerana terlalu ramai pelanggan yang hadir membeli beg tangan jenama berkenaan.
Selain itu, ada juga pembeli memaklumkan dia menunggu dan berbaris pada awal pagi bagi mendapatkan beg tangan tersebut.
Namun, terpaksa pulang dengan tangan kosong apabila diminta balik dan datang semula pada keesokan harinya.
“Event Brik semalam. Katanya ada yang beratur 12-15 jam pun masih tak dapat beli bag dia. Diminta untuk datang esok. Ini betul gila,” tulis sebuah perkongsian.
Event Brik semalam. Katanya ada yang beratur 12-15 jam pun masih tak dapat beli bag dia. Diminta untuk datang esok. Ini betul gila 😭 pic.twitter.com/UN0B0j6y3W
— kamaghul deghaman (@kamaghul) February 15, 2025
Bawa Jumpa Pakar Psikiatri
Menjengah ke media sosial, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap isu tersebut.
Rata-ratanya meninggalkan komen sindiran terhadap orang ramai yang gigih mendapatkan beg tangan tersebut.
“Kesiannya tengok orang awam beratur macam anjing sebab nak beli bag brik while the influencers just passing without queues sksssk. Nasib lah im not type of fomo nak beli basic ass bag just to get pujian and ikut trend kah,” komen netizen sinis.
“Hanya orang bodoh saja yang sanggup beratur 12 jam demi bag. Sia-sia masa,” komen netizen lain.
“Those yang sanggup beratur brik dari 7pm semalam tu bawa-bawa la diri jumpa psychiatrist. Yall sick sick,” kritik netizen lagi.
“Semalam 3 pagi ada yang live kat TikTok tengah beratur lagi. Dia cakap dah beratur 16 jam. Gila, memang gila sanggup beratur lama mcm tu,” komen netizen.
Must-Watch Video