Kecoh Aksi Terjun Tiruk Dari Atas Pentas, Mad Sabah; "Ada Orang Sambutlah, Kalau Tak Saya Dah Arwah"
Azwa Rahman
06/10/2022 15:20 MYT
06/10/2022 15:20 MYT
Pelawak Mad Sabah tampil menjelaskan kejadian sebenar apabila dirinya tidak disambut oleh penonton sewaktu melompat ketika Konsert Hausboom Music 2022 pada minggu lalu.
Menurut Mad Sabah atau nama sebenarnya Achmad Rusli, 34, ramai orang menyambutnya namun dia nampak tenggelam disebabkan keadaan fizikalnya yang berat.
“Masa kejadian saya diminta naik atas pentas untuk perkenalkan Kugiran Masdo. Atas pentas saya deal dengan penonton, saya nak buat lawak kalau tak kelakar kena denda. Jadi penonton deal kalau tak kelakar, saya lompat.
“Bila tak kelakar, saya gentleman la lompat dengan dua kali percubaan, bukannya tiba-tiba lompat seperti yang diperkatakan.
“Orang sambut, ramai yang sambut. Kalau orang tak sambut saya dah arwah dah sebab pentas tu tinggi. Tapi disebabkan saya berat 103kg di tambah kelajuan larian saya mau 3 tan jumlah berat waktu saya melompat.
“Budak-budak yang sambut tu pun siap minta maaf bagitau dah cuba bang tapi berat sangat. Lepas tu yang buat saya sedih orang semua kata saya sakit sedangkan saya tak sakit langsung.
“Yang sakit orang yang saya tindih tu dah lah masih budak-budak. Tapi lepas lompat tu kitorang menari twist pusing-pusing crowd layan Masdo so enjoylah,” jelas Mad Sabah kepada Gempak.
Malah, Mad Sabah turut memberikan dua foto daripada sisi berbeza memperlihatkan dirinya diangkat ketika melakukan lompatan tersebut.
Tambah naib juara Lawak Solo itu lagi, dia tidak mengalami sebarang kecederaan ketika melakukan lompatan daripada pentas yang tinggi itu.
“Saya tak cedera langsung lepas habis show, malam balik saya lepak dengan kawan lagi lepastu malam Ahad pun saya ada buat ‘live’ tengok game MU vs MC.
“Waktu tu takde pun org tanya pasal lompatan nangka busuk saya tu,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, disebab video tersebut tular di platform TikTok, Mad Sabah menambah dia tidak terasa malu malah menganggapnya sebagai rezeki.
“Saya tak rasa malu pun sebab yang viral pun fitnah semuanya, bagitau saya tak disambut, saya sakitlah sedangkan saya happy sahaja di event tu.
“Paling bestnya lagi lepas viral pasal lompatan saya ni tiket sale show saya pada 12/11/2022 di PJ Live Arts Petaling Jaya terus naik.
“Dan yang paling buat saya happy, Hausboom dah setuju untuk sponsor air untuk show saya tu. So hasil dari fitnah orang ada rezeki untuk saya. Kalau tahu sebelum buat show saya lompat kat mana-mana mungkin dapat sponsor lagi,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Mad Sabah kini berada di dalam siri jelajah stand up komedi ‘NDAK LOGIK’ yang terakhir pada 12 November ini.
“Ini merupakan jelajah stand up komedi pertama dalam bahasa melayu di Malaysia. Jadi tiket masih ada tapi tinggal sedikit. Dan untuk show ini juga saya nak buat part 2 pentas dive,” jelasnya lagi.