Kecoh Andi Bernadee Cium Stoking Hitam Norreen! Netizen Kata Jijik & Geli, Tapi Rupanya…
Kecoh di platform TikTok apabila tularnya babak pelakon Andi Bernadee mencium stoking milik pempengaruh Norreen Iman.
Ada yang geli dengan babak tersebut, tidak kurang juga yang mempersoal betapa buruknya stokin berkenaan.
Namun, siapa sangka semuanya adalah efek solekan dalam telemovie komedi London With Love.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh pengarahnya Janna Nick.
Menurut Janna, tidak dinafikan orang ramai bakal merasa jijik dan kotor disebabkan warna stokin yang berwarna hitam.
“Kuku pula nampak macam ada cagu hitam. Tapi semua itu adalah efek solekan.
“So bila orang rasa geli, yucks itulah yang efek yang kita nak orang rasa.
“Stoking yang hitam tu memang disolek. So kita akan rasa berjayalah if ramai rasa geli,” katanya.
Tambahnya, sebelum menjayakan babak itu, dia terlebih dahulu bertanya sama ada kedua-dua pelakon selesa atau tidak untuk mencium kaki masing-masing.
“Jadi kalau pelakon setuju baru saya tulis skrip. Noreen dan Andi memang selesa dengan masing-masing,” katanya.
Jadi untuk saksikan lebih banyak lagi babak ‘berdekah’ dalam London With Love, anda boleh tontonnya secara eksklusif di Sooka.
Sekadar info, London With Love mengisahkan keseronokan percutian tiga sahabat di London bertukar ‘upside down’ hanya kerana kehadiran seorang lelaki.
Sejauh mana kekecohan berlaku, jom tonton London With Love di Sooka!