Kecoh Bila Kereta Audi Rentung Di Kawasan Perumahan Menjelang Syawal… Apa Sebabnya?
April 8, 2024 03:55 MYT
Berbaki beberapa hari menjelang Aidilfitri, satu keluarga diuji dengan dugaan berat apabila kenderaan mereka terbakar dipercayai disebabkan terkena bunga api.
Disebabkan Bunga Api?
Menerusi posting yang dibuat oleh seorang pengguna Platform X, individu itu mendakwa kereta berjenama Audi tersebut rentung disebabkan oleh tindakan anak kepada jiran mangsa yang membakar bunga api di kawasan kejiranan berkenaan.
Kete Audi terbakar sebab anak jiran dia main bunga api sebelah taman aku. Lagi 2 hari je wei nak raya ?? pic.twitter.com/KT2ZvCyIJG
— aswadi (@aswadi_didi) April 7, 2024
Netizen Timbul Persoalan
Entri itu meraih perhatian netizen di mana ada yang timbul persoalan sama ada ia benar-benar disebabkan oleh kegiatan bermain bunga api, dan dalam pada masa yang sama, ada juga segelintir mendakwa bahawa punca kebakaran berikut masih lagi disiasat.
Video 30 minit. Kereta start terbakar minit ke 18. Memang ada api kecik kat sebelah tu. Tak padam betul2. Suka2 jer kata punca budak main bunga api ? pic.twitter.com/B0n675VCqR
— faisalehsan (@ffaisalehsan) April 7, 2024
BERITA TRENDING: Jijik! Beli Air Keladi Tepi Jalan, Pakej Bangkai Cicak! - “Ingatkan Cincau, Rupanya…”
Sumber: Platform X