Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kecoh Budak Didakwa Bawa iPad Pada 1941

Gempak
08/09/2024 06:55 MYT

Kecoh baru-baru ini apabila timbul dakwaan kewujudan komputer riba keluaran syarikat Apple, iPad, pada tahun 1941 gara-gara sekeping gambar hitam putih.

Foto Lama Curi Perhatian

Menurut laporan The Sun, foto itu dirakam oleh Edwin Rosskam di South Side Chicago, Amerika Syarikat (AS). Ia menunjukkan ramai kanak-kanak beratur untuk memasuki pawagam.

Namun apa yang menjadi perhatian adalah imej budak lelaki paling kanan.

Ipad Dikeluarkan Pada 2010

Ahli-ahli teori konspirasi bermata tajam percaya bahawa mereka melihat budak lelaki itu mengepit sebuah iPad.

Untuk info, generasi pertama iPad dikeluarkan pada 2010, 69 tahun selepas gambar itu dirakam.

Gambar itu disiarkan di platform Reddit dan mendapat pelbagai komen daripada netizen.

Seorang netizen menulis: “Bagaimanakah kanak-kanak pertama dalam barisan ini memegang Apple iPad pada tahun 1941?”

Namun, seorang netizen menulis bahawa apa yang dilihatnya ialah budak itu membawa sebuah buku.

Satu perkara yang dipersetujui oleh ramai netizen ialah kesemua budak itu memakai pakaian sopan dan bergaya ketika beratur untuk menonton filem.

ARTIKEL BERKAITAN: Tengah Seronok Camping, Sekumpulan Individu Terkejut Tiba-Tiba…

ARTIKEL BERKAITAN: Bakar Tangan, Diliwat & Paksa Meliwat, Penghuni Didera Penjaga Rumah Kebajikan

ARTIKEL BERKAITAN: Konten Lumba Olymput Dikatakan Tiada Faedah, Abang Siput Tak Sentap - “Kita Buat Pun Santai-Santai Sahaja…”

Sumber: The Sun

#Viral #Apple #Teknologi #Gajet #ipad #Budak #1941